Tuesday, November 30, 2010

Asmara

sapa tengok citer nih...
ditayangkan kat tv3..slot lestary

citer ni baru je abih semalam
di awal cite memang HM follow
rasa best gak cite ni
nak lak pelakon baru yang hensem itu
shah jaszle..betul ke eja ni??

kisah mengisahkan Asmara (hero) yang dikawen paksa dengan zalia (faezah elai)
lepas kawen baru dia tau..
dia kena tipu...wife dia peknen anak luar nikah
abes nak buat cmne...
hidup la dia dalam kesabaran dengan kerenah bini dia yang belagak nak mampos

nak dijadikan citer, they fall in love dalam suasana yang tak disedari
tapi wife dia lak kene langgar ngan ex boi dia yang memang sengaja nak bunuh dia n baby dia
terus koma, tapi anak dia selamat
dia jaga anak n wife dia
wife dia lak...lepas recover sket2 masih lagi dalam trauma
asyik nampak bayangan ex boi dia
sampai la 1 ketika..
heroin ni terjatuh dari tingkat 2 umah dia
sebab ternampak bayangan ex boi dia tgh dukung anak dia

scene semalam kat kubur
hero sedey ngan kematian wife dia
but, ex gel dia mai semula
so maybe diaorang akan kawen lepas ni

but, the truth is
heroin tak mati
ayah dia saje tipu hero
sebab tak nak hero terus derita
selama dia kawen ngan heroin dah banyak kejahahatan yang ayah dia buat
so, ayah dia nak tebus balik
bagitau, heroin mati
so hero leh kawen ngan ex gel dia
sedangkan heroin sedang bertarung nyawa dalam ICU

adakah akan ada sequel????
kita nantikannnn

Bantuan Khas Kewangan

@BKK
seperti sedia maklum
kami penjawat-penjawat awam adalah layak mendapat BKK
baik BKK pertama atau BKK kedua

untuk makluman
BKK pertama diberi sewaktu bulan puasa aritu
tujuan: untuk meringankan beban penjawat awam yang bergaji rendah berbelanja untuk hari raya
memandangkan gaji bulanan dapat selepas hari raya

BKK kedua pulak diberi pada hari ini
bersamaan 01.12.2010 hari rabu
BKK kedua ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri sewaktu pembentangan bajet baru-baru ini
semua penjawat awam sangat suka hati
kerana pemberian BKK ini adalah kepada semua penjawat awam
tak kira la ko berstatus tetap ke, kontrak ke, PKS ke, apa ke
semua orang akan dapat sama...500

tapi untuk kedua-dua BKK, HM belum terima
BKK pertama masih lagi dalam proses
aritu tergendala sebab status kontrak kami bermasalah
sekarang kontrak dah selesai
separuh dari kami dah dapat
separuh lagi belum dapat termasuk la HM
orang laen guna BKK untuk beli biskut raya
dah jadi baja organik dah pun...
tapi kami masih belum dapat merasa

BKK kedua pun kami tak merasa jugak
apa lah alasan bos iye...
kawan-kawan dah mula bising

ikutkan hati nak je buat aduan kat BPA

MJ's Mini Gathering@Putrajaya

kan semalam dah stori
HM akan hadir majlis anugerah tu
tiba-tiba rasa excited nak pegi
sebab masa orang SERANTA call
dia cakap semua calon hadir
oleh itu, HM adalah wajib hadir walaupun kalah
memang HM kompem kalah...tercorot

semalam jugak HM dah fax kad jawapan
terus roger adik yang duk KL tu
suh dia hadir tengok kakak dia naik stage cium tangan PM!!
dia kata ok...sebab event on sunday
yet, dia nak introduce new bf kat HM
terus roger kak siah kat PD
ajak g putrajaya on 12.12
dia pun ok jek
sebab anak bujang dia still cuti
so mudah nak ke mana-mana, ada driver

tinggal sorang je lagi HM belum inform
the one and only brother
duk serumah jek
nanti bila ada masa HM bagitau
lagipun wife dia tak dak skang ni
ada kusus kat JB seminggu katanya

so, this will be MJ's Mini Gathering laaa
nanti kite pikir nak bkelah apa ek...

preggy or not!!

simptom-simptom ibu mengandung telah dirasai
sakit pinggang
cepat letih
bernafas cungap cungap
kurang selera makan
makan banyak terasa mengah
perut kembung semacam
period dah lewat 3 hari...[pun mau bising!!!]

adakah......???

dilema lagi

lately asyik dilema jek
nape ek??

kat sini, setiap 2 minggu, geng GPW akan buat kelas Yaasin
kelas ni dibuat ikut blok
kebetulan HM ada nyatakan
buat kat rumah kami pun boleh
tapi kena buat time cuti

so ketua blok HM dah maklumkan
giliran blok kami pada 9 dis nanti
last week HM ada la hadir 1 kelas Yaasin ni kat blok 9
diskas punya diskas
kami plan nak buat on 7 dis kat blok kami
sebab kebetulan masa tu cuti Maal Hijrah
balik terus inform kat abah

masalahnye sekarang
HM tak tau nak buat makan apa??
laksa, mee hailam, bihun sup, soto
dalam pale dok pikir laksa @ bihun sup aje
tapi abah suggest mee hailam

aduyaiiii
masa dah suntuk
mind HM berat kepada laksa
sebab banyak event HM asyik sediakan bihun sup jek
takut kene cop 'kasma bihun sup' je nanti

Monday, November 29, 2010

rasa-rasa HM belom blogkan lagi pasal event ni
ini adalah event kami sekeluarga selepas Hari Raya Aidilfitri
[hambekk ko..raya pose tu...raya aji pun dah lepas]

event ni takde dalam planning pun
tetiba haritu bekalan air terputus kat koyan
so, timbul la idea nak berkelah
tu pun kami dah kelewatan
pukul 12 lbh baru nak heret montot masuk dapo
nak masak segala
pastu kul 3 kak siah ajak g reunion batch 1970 kat umah kak gee
sudahnye hampir pukul 4 baru kami ke sana
cuaca masa tu pun dah mendung gilerr nak hujan
tapi event tetap kami teruskan
kami pegi dengan 4 biji kereta
vios, viva, gen2 mak su, gen2 pak lang

mula-mula sampai, kami setup tent
pastu bentang tikar
hidang food
memang larisss sebab semua tengah kebulur
dekat kul 5 ptg baru jumpa nasikkk
yang anak-anak sampai-sampai je terus terjun tiruk
lepas makan, kami mak-mak pun tak lepaskan peluang laaa

so layan je laaa


sampai-sampai je diorang dah terjun dulu...


mak lang n pak lang setup tent


kami dok hadap makanan je..padahal baru pekena bihup sup kambing @ reunion 1970

makan tima tak dok gambar
masing-masing dah kebulur
sape pun tak teringat nak snap


geng bujang...


buat apa tu dikkkk


budak baju putih tu sangat penakut dengan air...


pak lang n family


sebelum balik, kami bergambar beramai-ramai
[sian abah tak de dalam pic]


sebab tak de dalam gambar...
kita kasi taruk gambar ngan tuan blog

daaaaaa

dah fax dah punnn

hik hik hik...
semalam macam dalam dilema je kannn
tetiba arini dah faxkan kad jawapan...



tengok tuuuu
tanda kat HADIR lak tu...
semalam lepas smayang maghrib...ngaji sket
HM tanya la abah
apa pandangan dia...
sikit tak membantu...

"agak2 kalau rasa bende tu penting pegi je la...kalau tak penting nak buat apa..."

eiiii abah ni...
sikit tak bagi dorongan tau
bagi la kata putus
ni suh kite lak pikir balik

pagi ni dah masuk opis baru teringat kad jawapan belum fax
janji ngan orang SERANTA nak fax pagi ni
tapi abah belum bagi keputusan
tengahari tadi, balik umah terus mntk keputusan dari abah
still cakap, kalau penting pegi laaa
last terus HM cakap,

"abang x mo ke tengok wife sendiri naik stage, salam ngan PM, terima award dari PM...walaupun dapat saguhati jek"

abah, "tengok muka cam excited nak pi jek...kalau nak pi cakap je la...tak yah mintak pandangan..dia tak kisah "

haaa ko, hambek sekali
nak berlapik lapik bagai
kalau dah nak g tu cakap je terus terang

hehehe

Sunday, November 28, 2010

De Francei Spa



HM ni buang tebiat agaknya
tak penah-penah masuk spa
arini gatal lak nak memanjakan diri kat spa

bukan laaa....
tadi masa HM tengah mengantuk sangap-sangap
datang la 2 orang ini....



dia kata...saya nak jumpa akak beberapa minit je...

cite sket-sket
HM terus bayar RM 29.90
sebab HM nak diorang segera beredar dari sini
malas nak layan

tapi menurut orang tu...
lepas kita bayar RM 29.90 kite boleh pegi dapatkan rawatan kat spa diorang
malas nak cite arrr
tengok jek gambar-gambar ni...
it tells u the whole story...






bukti pembayaran telah dibuat...


VALID TILL FEBRUARY 28, 2011...

servis kereta



untuk kali kedua...
kereta ini masuk service centre
diservis untuk 5000km...

tapi kete HM ni tak sampai 5k pun lagi
baru 3k++
kete jalan tak jauh
sehari tak sampai 5km pun jalan
pastu jemur panas hujan depan PID

kali ni servis paling cepat pernah HM alami sejak berkereta
kalau Toyota pun paling kurang 2 jam baru siap
kete kontot ni...
sampai je terus masuk service area...[HM tak buat appointment punn]
tunggu jap sambil tengok final sepak takraw korea vs myanmar
sesambil bancuh nescafe pahit
pastu diorang panggil untuk buat payment...
memang pantas...sebab diorg just tukar minyak hitammmm

nak pegi ke tak...

last week HM dapat satu surat dari pejabat SERANTA
posmen siap tanya, surat offer keje ke???
x denye FELDA nak offer keje kat mak ni...

dalam surat tu ada ni....



kad jemputan Karnival IKTIRAF 2010

HM dijemput sebab HM pernah dicalonkan dalam Anugerah Belia Felda Malaysia kategori Kecemerlangan Akademik
tapi HM rasa berbelah bagi la sama ada nak pegi atau tidak
sebab tak syok la kalau kalah...
rasa rendah diri pulak dengan calon yang menang kategori tu...
mesti calon tu seorang yang sangat hebat
mesti calon tu seorang yang sangat berbakat
mesti calon tu seorang yang sangat cemerlang

tapi HM....
hanyalah jaguh kampung
orang kampung pun bukan semua yang kenal HM
nasib la HM ni balik bekerja di kampung sendiri
nampak la jugak orang-orang ni khidmat dan sumbangan HM

baru jap tadi, HM terima call dari MBF, putrajaya
tanya sama ada HM nak pegi ke tak
sebab dia kata HM sorang je yang belum bagi feedback
lagi pulak...orang lain semua datang
ye la...sapa tak nak amik peluang terima award dari PERDANA MENTERI!!!

tapi HM rasa sangat rendah hati...
HM ni ornag kampung
tak biasa hadiri majlis besar-besar camni

aduyaiiii
tensi..tensi..tensi
kalau HM menang
last week jugak HM anta reply
last week jugak HM beli baju baru...
lip lap lip lap

esok HM janji nak bagi jawapan....

Thursday, November 25, 2010

Minyak di Thailand sangat mahal!!!

syukur kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia
dah la negara aman damai
tak de huru hara
barang-barang pun masih lagi affordable

HM bagi contoh...
minyak masak kat Malaysia harga runcit RM 2.50/kg
kat Thailand, baht 35.00..dah beza singgit

gula kat Malaysia RM 1.90/kg
kat Thailand, baht 25.00...dah beza 60 sen

yang HM nak hilight kat sini adalah MINYAK PETROL
kat Thailand ada minyak jenis RON 95 ngan RON 91 jek
kami memang pakai RON 95 dari Malaysia lagi
sekali masa nak balik Malaysia
minyak kete tinggal 2 bar je
gerak sikit...dah turun tinggal 1 bar
abah ni kalau nampak menatang tu asyik berkelip je mula dia risau
takut tank kering katanya
so on da way back, kami pun singgak petrol pump
isi baht 100, means RM 10 jek
sebab nak isi penuh kat Malaysia
kami memang pengguna tetap Petronas
sekali tengok kat meter pump tu...baht 100 = 3 litre jek
adoyaiiiii, mahalnye minyak diorang
patut la ramai orang seludup minyak dari Malaysia
bole untung banyak

lepas isi kami teruskan perjalanan
tak sampai lagi kat border
berkelip lagi mende tu
so terpaksa la kami cari lagi petrol pump..isi lagi baht 100
kali ni tawakkal...
dah la nak beratur naik feri panjang berjela
so everytime kete tak jalan
abah matikan enjin
kami tunggu kat luar jek
sambil makan jajan......

dah sampai kat Malaysia
kami terus g isi minyak
kami isi penuh...RM 60 = 32 litre lebih kurang
so tengoklah betapa berbezanya minyak kita ngan minyak diorang
betapa bertuahnya kita berbanding diorang

Ending Part

Sesungguhnya percutian kali ni memang memenatkan
everyday kami travel
tak de masa langsung untuk berehat
keluar awal pagi, balik rumah dah gelap
dengan kesihatan yang tak berapa nak elok
menjadikan badan terlalu letih

pelbagai urusan perlu diselesaikan
dan akhir sekali pada hari jumaat
kami melawat kepala kapal yang tersadai di persisiran pantai di wilayah Pattani
sempat la jugak HM membeli belah kat sana
beli ikan kering, belacan, sosej yang sangat murah dan sedap
serta ikan-ikan [dah jemu nak makan daging korban]

kain baju tak berbasuh memang banyak
memang HM dah buat kira-kira
bawak baju sebanyak mungkin
takut hari hujan
tak boleh nak basuh baju
sebab tu kami tak bole nak beli banyak barang
dah la bonet vios tu kecik cenonet
masuk kain baju kami je dah penuh
beg mekap, toiletteries, beg kain smayang, macam-macam beg lagi ada

so, endup kami just beli ikan kering untuk dibawak balik
sampai kat Tak Bai Border
abah beli seluar 3 helai, 1 untuk pak lang
pastu HM just belikan selipar untuk atiqah, idham and intan
untuk Amar, HM belikan baju melayu pesen arabiyah sket
plan nak singgah Pengkalan Kubor beli 1 set corelle pun terpaksa dipendam
sebab apa???
sebab abah dah bengang
tunggu feri hampir 3 jam baru leh naik
tensen nak parking untuk cop passport lagi
so HM pun just diamkan diri..lagipun perut masih lagi rasa tak selesa

dari Pengkalan Kubor kami gerak ke Kota Bharu
kenderaan memang banyak laa
sampai kat KB, dah mula jem
HM ingat orang klate dah mula kuar balik keje
sebab tu jem
lagipun dari KB nak ke Ketereh tu memang banyak traffic light
sekali jem nye sampai ke Kuala Krai
rupanya orang KL masih lagi bercuti
jadinya terpaksa la kami konvoi bersama-sama sehinggalah ke simpang Berchang, Lipis

abah dah geleng kepala
perut dah lapar
nasib masa kat Tak Bai HM sempat beli nasi minyak 4 bungkus
so kami benti jap before Bandar Kuala Krai untuk semayang jamak Asar Zohor
plus makan tengahari@ 6 o'clock
sian kat drebar kannn

x pe laaa
itu pengajaran
lain kali kalau nak ke mana-mana jangan pilih peak season
memang penat harung jem segala
abah pun dah cakap
kalau nak p thailand sekali lagi, jangan ikut Tak Bai dah
kite ikut Rantau Panjang lak
tak kene beratur naik feri....
ye la bangggggg

Sindiket duit palsu

awas!!!
hati-hati...
sekarang sindiket duit palsu dah ada di merata-rata tempat
termasuk di kawasan Sungai Koyan

cerita ni khabarnya dah pun tersebar
tapi belum agak heboh lagi
secara kebetulan, kami jadi mangsa kepada orang yang tidak bertanggungjawab ni

kisah terjadi di pasar malam sungai koyan
as usual, abah berniaga
HM lak pegi lepas waktu keje...
tugas HM hanya membungkus
lepas ada sorang mamat ni datang beli...
siap mintak 2 biji murtabak..selalu dia akan beli 1 je

tak lama lepas Maghrib, abang Hm datang ngan anak HM
dia kata sekarang ni ada orang koyan buat duit palsu
yet, dia pun bagitau sapa orang tu
memang HM ada kenal dengan orang tu

lepas balik rumah, HM mandi...
nak solat isyak
abah dah landing atas katil
HM cakap kat abah, 'abang, cuba tengok duit tadi, sebab memat yang datang beli tadi kasi duit RM50'
terus abah check beg duit jualan
huh! memang sah kami kene tipu
kami dah buat perbandingan
memang banyak beza
tapi dalam keadaan kelam kabut, kita memang tak kan perasan orang tu hulur duit palsu ke duit betul
terus HM bagitau kat abang HM
dia call member dia mintak member dia tukar balik ngan mamat tu
semalam, mamat tu off hp dia
sebab dengar-dengar, pihak berkuasa pun dah mula mencari orang ni

Ya Allah..patut la family diorang ni kaya raya
boleh buat rumah bagaikan istana di tanah yang bukan milik diorang
boleh berniaga macam-macam tanpa sebarang halangan
boleh hidup mewah, berkereta besar

bagi kami, memang kami takut nak gunakan duit tu
mana tau, sekali kita gunakan duit tu
tiba-tiba pihak berkuasa datang
tak pasal-pasal kene cekup
padahal bukan salah kita

cuma sekarang kami kene selalu alert dengan perkara ni
sebab bukan sorang dua yang datang tukar duit

semoga orang yang bertanggungjawab tu insaf
sedarlah, perbuatan tak baik ni selalu dikeji oleh Allah
fikirkanlah nasib orang yang teraniaya ni.....

bila cuti lama....

rasa sangat malas nak bekerja semula
kalau boleh nak sambung jek cuti
nak bermalas-malasan atas katil
duduk kat rumah tanpa buat apa-apa

tapi boleh ke???
keje sebelum cuti pun banyak lagi yang belum selesai
laporan-laporan pun banyak lagi kosongnye

balik rumah..keadaan masih lagi tunggang terbalik
mana kain bertimbun tak berlipat
beg-beg baju masih lagi tak berkemas
bilik tido tak bersapu
dapo tak bermop

semua dalam keadaan kelam kabut
harap-harap next week mood bekerja akan datang
banyak sangat dah perkara yang tertunggak....

Cerita Kapal

ada sebuah kapal belayar dari Indonesia/ Singapore
menuju ke Vietnam
seramai 6 orang anak kapal di dalamnya
misi: untuk mengambil pasir di Vietnam dan dihantar ke Brunei

setibanya di Thailand, kipas kapal tersebut telah tersangkut dengan pukat nelayan
menyebabkan kipas rosak
oleh itu berbincang lah anak-anak kapal sekalian
apa tindakan yang paling wajar diambil oleh keenam-enam dari mereka

akhirnya mereka sepakat, untuk melepaskan sauh
dah membiarkan ke mana sahaja kapal itu akan mendarat
selain dari itu, mereka juga bernazar
andai kata kapal yang mereka naiki itu berlabuh di perkampungan orang Islam
maka 7 ekor kambing akan disembelih sebagai tanda syukur kepada yang Maha Esa

Alhamdulillah, kepala kapal bersama-sama 6 anak kapal selamat mendarat di pantai Sai Buri (Telubang)


inilah rupa bentuk kepala kapal tersebut
kalau nak diikutkan tak la pelik mana rupa bentuk kapal tu
tapi kejadian yang melanda kapal tu menjadikan semua orang berpusu-pusu nak melihat dengan mata kepala sendiri
siap ada diletakkan tangga untuk membolehkan orang ramai naik ke atas kapal tersebut

bahagian ekor kapal pula tersadai di kampung hutan hangus
juga perkampungan orang Islam
rupa fizikal ekor kapal ni memang terlalu besar
HM agak lebih besar dari saiz padang bola



see...i told u oredi...
memang sangat besar
kali ni abah pun tak ketinggalan untuk tengok kebesaran ekor kapal tu
siap panjat ikut tali tu....
huhu...rupa paras dah macam nak g belayar
kalau bentuk kapal ni macam kapal titanic tu...
HM rasa HM pun panjat naik
nak tengok rupa fizikal kapal tu
pastu nak buat aksi Jack & Rose
'if u jump, i jump'...hahahaha


dah...dah...turun balik
ingatlah orang tersayang...



masa kami melawat bahagian ekor kapal ni
terlalu ramai umat
kawasan pantai pun dah tercemar dek sampah sarap

Wednesday, November 24, 2010

Ibadah Korban

our first ibadah korban yang kami buat adalah pada tahun 2008
masa tu abah beli lembu sekor
so kami buat korban untuk kami sekeluarga
3 bahagian lagi mertua HM dan anak sedara abah

2009, kami tak de buat korban pun
so tahun ni abah kata kita buat laa
amik 1 bahagian je
so abah dah arrange ngan ayah dia

masa hari raya tu, lepas solat aidil adha
kami pun berpuyun-puyun laaa ke tempat lembu dikorbankan
memang ramai yang buat korban tahun ni..
kat kawasan kami korban tu pun ada dalam 5 ekor lembu
tak tengok kat tempat lain lagi
Alhamdulillah...rezeki masing-masing

abah cakap, korban kali ni untuk HM laa
HM ok jek...
pastu ayah mertua HM pun amik 1 bahagian
masa lembu nak disembelih tu, kami yang masuk korban ni tunggu la kat situ
sambil niat masa darah lembu mengalir keluar

"Sahaja aku menjalankan ibadah korban sebanyak 1 bahagian kerana Allah Taala"

lepas tu kami balik rumah laaa...
ayah mertua yang setelkan daging
kami sedekahkan daging pada orang keliling rumah
pastu HM mulakan tugas
buat sup daging...
jemputan akan datang selepas solat Asar

ini la tradisi di kampung abah
kalau hari raya korban
diorang hanya prepare ketupat palas sahaja, tak de nak masak beriye
kalau ada yang buat gulai daging pun, hanya mereka yang tak buat ibadah korban
orang yang buat ibadah korban memang tak akan beli daging lain
just tunggu daging yang dikorbankan sahaja

Alhamdulillah...semuanya selesai
semoga ibadah korban kali ini diterima oleh Allah SWT

Holiday Part 3

on the third day
kami tak de plan apa
just menuju ke Toyota@Yala
puas tanya orang, leh claim insurans ke tak
berapa harga
bila dah masuk Toyota service, advisor dia cakap kene order dulu barang tu...
hari kamis baru leh buat
harga....baht 2999.75
fuhyooooo...convert duit kite dah dekat 300
nyesal pun tak guna
memang salah kite laaaa sebab parking tepi jalan
tapi HM perasan, kat sana memang tak de sedia proper parking lot
most of them parking ikut suka ati

so, abah bayar deposit baht 1000
ari kamis baru kami g semula

Holiday part 2

2nd day kami gerak ke Songkhla...
tujuan utama, abah nak jumpa kawan
HM pun plan nak jumpa kawan PID kat Bukit Kayu Hitam

kami sampai di Songkhla pukul 12 lebih
kebetulan...
sejak dari 1st day HM keracunan makanan
**mungkin sebab dari ubat inte clease yang HM makan sejak beberapa hari**
tak pasal-pasal HM asyik memerut aje..
nak kent*t dalam kereta pun tak berani tawwww
so mana-mana tempat yang kami sampai HM akan cari toilet
sampai kat rumah kawan abah...
kami sembang-sembang, minum-minum, memerut segala
abah tanya, nak g PID BKH tak??
HM dah tak de mood
dehidrate...lapar...
terus ajak balik...
kami just beli buah mangga 2 kg

sampai di Yala dah petang
abah ajak singgah satu kedai barang dapo
so kami parking la kat tepi jalan
keadaan lalu lintas time tu terlalu sibuk
lepas parking, kami masuk dalam kedai
sambil abah dok pilih barang, HM dok melepek atas kusi tak daya
lepas bayar, kami lintas jalan, masuk kete...
"Allah!!!", abah cakap
terus dia bukak pintu
kami tengok side mirror sebelah kanan kereta dah terkehel ke belakang..PATAH!!!
aduhaiii nasib kami...

Holiday Part 1

Kami balik kampung on sabtu
plan nak gerak lepas subuh
tapi terlajak tido
so pukul 7 pagi baru keluar dari rumah
perjalanan kami biasa-biasa je
abah pun bawak tak laju
80km/h...sungguh berhemah
kenderaan pun tak banyak..
maybe belom musim cuti

kami hanya benti breakfast kat Gua Musang
tu pun ada 1 kedai je yang bukak
memang tak de pilihan
terus kami makan nasi...untuk lunch sekali

kami sampai sempadan dalam pukul 12 lebih
tunggu giliran nak naik feri..
punya la lama
hampir 2 jam lebih kami tunggu giliran
sebab feri yang berfungsi hanya 1
terus cop passport...setel insurans kete
berdesup ke destinasi
sampaikan kami terlupa nak tukar duit ** sia-sia HM bawak duit banyak-banyak taww**

kami tiba ke destinasi hampir pukul 5 petang
perut dah berkeroncong
nasib baik Hm ada bawak bekal gulai daging
belasah tu je laaaa

I'm back!!!

HM & family dah balik...
kami dah berada di Malaysia since hari ahad
tapi HM rasa dah masuk hari Isnin kot
sebab kami sampai lewat pukul 12 tengah malam...
nanti HM review tentang percutian kami OKKKKK

Wednesday, November 17, 2010

free seat Air Asia

we never traveled by air before
series tak tipu
HM kan orang kampung
mana bisa naik belon-belon ni
semua perjalanan..percutian kami adalah melalui jalan darat
HM ingat..penah naik sekali je flight
tu pun masa nak balik kampung, ayah meninggal..
entry pasal tu kat SINI...

skang ni kan musim orang-orang Malaysia berjalan-jalan ke luar negara
melawat Indon...Thailand..Vietnam...Australia
macam-macam lagi
banyak betul duit diorang kan
lagi pulak sekarang ni flight tambang murah pun ada
memang sesuai untuk semua golongan
nak atau tak nak je...

HM ni memang tak update langsung la pasal promo tiket-tiket murah ni
tahu pun sebab kawan-kawan havoc kat FB
so ada gak la bukak web AA ni
11-14 nov dia ada buat promo untuk jul-nov 2011
so...apa lagi, masing-masing sila terjah web AA...
kasi trafik naik..
dan boleh start menyimpan duit sehinggalah ke tarikh yang korang pilih
jangan esok dah nak g..duit baru nak cari arini...
kes naya tauuu



**pic kredit to google**

Tuesday, November 16, 2010

keputusan peksa UNA

*scheduled entry*

balik dari sekolah aritu dia cakap
adik dapat no. 6
nombor 6 apa??
sukan ke apa??
dia kata sukan..ok laa

hari rabu, dia cakap, cikgu pesan semua kene pegi sekolah esok
sebab cikgu nak kasi fail
so ari khamis, balik sekolah dia tunjukan HM report kad
kedudukan dalam kelas 6/30
patut la aritu dia cakap dapat no. 6
masa P1 dapat no. 7
bagus ada peningkatan

pastu dia tunjukkan ni...

fail yang dia cakap aritu..warna kegemaran lagikk
tengok..eja nama pun salah
HUSNA ARISSA la cikgu

dalam tu ada keputusan peksa dia...










Alhamdulillah...semua meningkat...straight A...
ni je yang ada kat dalam fail tu
yang lain semua MIA...
tapi tak pe la dikkk
mama doakan yang terbaik buat adik
semoga berjaya lagi pada tahun-tahun akan datang
semoga menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat....AMIN

agaknye budak yang dapat no 1 tu mesti semua subjek 100% kannn

Monday, November 15, 2010

ikan cencaru sumbat

ikan cencaru @ ikan jeket
ikan ni cukup terkenal di kalangan pelajar-pelajar asrama
terutama ASBKJ...
ini la menu yang membuatkan kami membesar bagai johan
tapi kat ASBKJ, diorg just goreng kunyit jek..makan ngan sayur air kobis
5 tahun duk situ, ikan jeket adalah ikan wajib tetiap minggu

dah masuk UUM
kat kantin Kolej pun belambak ikan ni
di belah belakang, disumbat ngan sambal
versi ni ok sket
lauk wajib gak ni
sebab dikira lauk bajet gak laa

dah kawen...
ingat tak jumpa dah la ikan jeket ni
sekali p pasar, jumpa big-big size youuuu
mau tak tergoda makkk

lalu HM pun beli la beberapa ekor
balik, belah belakang, gaul garam kunyit...goreng
pastu tumis sambal + belacan..aromanye sangat mantopsss
bila sambal dah agak garing...
ceduk je ngan sudu, sumbat kat belakang badan ikan tu...
jadi la seperti ini.....



3 ekor untuk dibaham oleh kami 4 beranak
hidangan ini adalah peberet kami skeluarga
walaupun dah jemu makan dari umo 13 sampai masuk U
ia tetap menjadi pujaan hatiku...
ikan ni ada sentimental value tau

Sunday, November 14, 2010

keputusan UPSR

*scheduled entry*

tahun ni merupakan tahun sejarah bagi SKSK
seramai 23 murid tahun 6 dapat keputusan cemerlang..5A
Alhamdulillah..berkat usaha gigih murid-murid..guru yang tak pernah kenal lelah dan jemu
HM juga amat bersyukur...sebab rata-rata yang dapat 5A tu adalah pengguna di PID
HM dah pun mengucapkan tahniah kepada mereka...

HM bukan apa..
teringat lagi waktu HM hadir masa majlis pengumuman keputusan UPSR tahun lepas
sekarang ni pihak sekolah mengadakan konsep sebegitu
Hari penyampaian Hadiah disekalikan dengan pengumuman keputusan UPSR
memang berdebar lah..
tak kira mak ayah..anak-anak
ada yang menangis..gembira..menangis kerana duka
semua tu kita boleh tengok 'live on stage'

mengimbau kenangan masa 1989 dulu...
majlis-majlis macam ni mana ada
masa HM amik result tu pun time cuti sekolah
masa amik result tu, sistem UPSR baru 2 tahun dilaksanakan
mula-mula tahun pertama, di SKSK hanya seorang yang dapat 5A
pastu masuk tahun kami, cikgu sasarkan 15 orang
tapi hanya 5 orang murid sahaja yang mendapat keputusan cemerlang termasuk HM
**perlukah aku bagitau???**

HM ingat lagi...
pegi amik result kat opis sekolah
naik moto ngan arwah kak na [kakak sulung]
memang HM tak sangka HM antara 5 yang mendapat keputusan cemerlang
tapi masa tu naive sangat...
mana tau perasaan-perasaan happy..sedey..
HM selamber badak jek

UPDATED:
HM lupa, anak sedara HM yang bersekolah di PD pun amik UPSR tahun ni...dulu masa abang n kakak-kakak dia peksa, HM janji sapa dapat 5A, HM kasi 200...tak kira la..UPSR ke..PMR ke...SPM ke...hanya si Ijan saje yang dapat tahun lepas...azwan n siti belum cukup syarat..tapi kali ni si anje, mak teh telah menjanjikan sesuatu seandainya dia mendapat 3A keatas..HM janji nak bawak dia g holiday...ke Pulau Redang maybe...tapi, nasib tak menyebelahi anje...x pe la ye..cuba lagi untuk PMR nanti

Saturday, November 13, 2010

cendawan goreng kunyit

*scheduled entery*

HM tak tau la gambar ni dah publish belom
tapi HM nak gak publish sebagai auto entry

anak dara HM memang tak suka makan sayur
psiko la macam mana sekali pun
dia boleh muntahkan balik apa yang dia makan kalau kita paksa dia makan sayur
sekali tu HM masak la ni
.
.
.
.

cendawan goreng kunyit

sepinggan besar tu
anak dara HM makan tak hengatttt uuu
which HM sangat suka
ni adalah petanda baik untuk melatih dia makan sayur

crab stick tu saja HM pelbagaikan campuran dalam sayur
nak bagi nampak menarik
yet, dia memang suka makan crab stick

Friday, November 12, 2010

Percutian kami kali ini adalah ke....

*scheduled entry*

NEGARA GAJAH PUTIH....

dah dekat dua tahun kami tak ke sana...
rasa-rasa bila scheduled ni keluar, HM dan family telahpun ada di sana..
apa yang HM paling suka kat sana adalah...MAKANAN
no time for diet...
**macam la aku diet sangat masa kat Malaysia**

tapi food kat sana memang heaven laaa...
cukuuuppp rasaaaaa
HM sangat suka makanan orang sana...
mee celup dia memang marbeles
tom yam dia memang hi class
tak termasuk lagi dengan 'lutching' nye...**kat sini orang panggil bebola ikan**
ala bebola yang dicucuk dengan lidi..kemudian dibakar, pastu dicicah dengan dipping sauce yang sangat spesel
memang jarang nak jumpa kat Malaysia laaa
buah-buahannya pun boleh tahan...murah sangat
otak-otaknye pun sedap...
tapi boleh jumpa kat area tepi pantai je laaaaa

Thursday, November 11, 2010

sup gear box

*scheduled entry*



hari ni saja HM nak tayang gambar sup gear box buatan HM
HM buat ni masa raya puasa dulu
ni la main course kami
BIHUN SUP GEAR BOX...
memang berbaloi HM laburkan hampir RM 200 semata-mata untuk mendapatkan kaki lembu ni
.
.
.
.


tengok tuuuu...
sedap sungguh sampai camtu sekali

Wednesday, November 10, 2010

nak buat scheduled entry banyak-banyak!

ari ni dan esok HM nak bt scheduled banyak-banyak
cukup untuk 10 hari bercuti
kalau 1 entry sehari..
maka kene ada 10 scheduled entry

idea..idea...di mana kamuuuuu

hati berbunga-bunga...

hmmm hari ni dah khamis...
kejap je kan masa berlalu...
tup-tup dah hujung tahun
pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru
umo pun tambah lagi 1 angka
tapi umo tak mencerminkan usia....ehhhh betul ke ayat aku ni???

ok, back to subjek utama
nape la tibe-tibe hati berbunga-bunga nih
sebab arini ari khamis...esok ari jumaat..dan malam ni malam jemahat???
oh noooo...tak le terpikir sampai ke situ
sebenarnya HM sangat gumbira...
sebab lusa kami akan pulang ke kampung halaman ibu mertua ku...
dah lama tak balik
apa la perubahan yang ada kat sana kannn

kalau ikut plan asal, 11hb, arini kami kene ke terengganu
sebab HM terlibat dengan program hi speed broadband (HSBB)
tapi disebabkan beberapa masalah yang memang tak boleh elak langsung
organizer dah pun tangguh program ke satu tarikh yang belum ditentukan
dalam plan kami, lepas abes HSBB kat kuala terengganu
kami akan menyusur tepian pantai terus balik kampung on 14hb (ahad)
abes sume mak ayah, adik abang, sepupu sepapat, ketua kampung, ayam itik dah maklum kami balik on ahad
but then, bila program dah tunda dan cuti pun telah diambil
maka dengan resminya
kami sekeluarga akan berangkat pulang pada hari sabtu...
i likeee....awal sehari dari tarikh asal
kita hanya merancang...Tuhan yang menentukan...
oleh...
kami sekeluarga akan bercuti panjang bermula sabtu..ahad..isnin..selasa...rabu..khamis..jumaat..sabtu balik..ahad lagi...isnin lagi..selasa lagi...
memang sangat panjang kannn
bukan apa...kami ni memang jarang balik..
sekali balik..kami akan duduk lama-lama [jangan mak mentua cemuihh tengok muka aku sudehhh]
lagipun banyak perkara yang perlu disetelkan dalam percutian kami kali ni...
banyak tempat nak pergi..

semoga kami selamat pergi dan balik hendaknya....AMIN

tak tau nak jawab apa!!!

semalam ada pasar malam kat koyan...
so, kalau time pasar malam
HM memang akan solat kat Masjid Al-Mujahirin Sungai Koyan 1
masa HM sampai kat masjid semalam
ustaz dah start kualiah Maghrib pun
lewat sikit HM sampai sebab hujan

macam biasa
HM ambik wuduk
masuk masjid...solat 3 rakaat
lepas solat
HM pun lipat-lipat la telekung yang HM bawak masuk beg
anak dara Hm tu dok sibuk guling-guling atas sejadah
HM suruh dia lipat, letak kat tempat sejadah
tiba-tiba dia tanya HM

Una: Mama, Allah semayang pakai sejadah tak???
HM: hmmm mama tak pasti la dik....
Una: Mama kan semayang pakai sejadah...Allah semayang tak pakai sejadah ke??

me was like....'what should be the answer, huhhhh???

HM: Mama pun tak tau nak jawab macam mana dik...[try to be honest lagi senang kottt]
Una: Cuba mama check kat internet...mama kan keje internet...

OMG!!!! anak-anak zaman sekarang...

Tuesday, November 9, 2010

dimanakah dikau....

tensi..tensi..tensi...
duit bantuan hari raya masih belum diterima
orang laen dah abes sejak bulan puasa lagi
tapi kami ni abuk pun tak nampak lagi
slip dah dapat...
email dah anta...
tapi duit tak nampak lagi...
haruskah aduan dimajukan ke pihak

BIRO PENGADUAN AWAM????]

500 tuuu
bukan sikit tau
macam-macam bole dapat dengan duit 500 tu

"wahai pihak yang berkenaan...
silalah uruskan segera
kerana ini adalah hak kami....huhuhu"

Monday, November 8, 2010

Bicara Kuasa

hari khamis HM terima 1 surat dari Pejabat Daerah
tarikh bicara kuasa telah ditetapkan pada 22 nov 2010
oleh itu, HM tak boleh pulang ke sungai koyan lewat dari date tu...
by 21hb HM dah kena ada di sini
HM pun dah inform adik beradik yang lain
mintak diorang semua cuti dan balik ke kampung
bukan apa...
ni hak bersama
so everybody kene take part
tak mo la nanti ada cite-cite tak baik..tak puas ati selepas bicara kuasa ni
even kami pun dah acap kali diskas pasal hal ni
memang dari dulu kami adik beradik tak penah amik kira pembahagian mengikut faraid
harta peninggalan orang tua..kami bahagi sama rata
tak kira la orang tu lelaki ke perempuan
dulu lepas arwah mak meninggal..
kami 6 beradik dah pun menghadiri bicara kuasa di Pejabat Daerah Lipis
semasa perkara itu masih dalam proses menukar pentadbir...
kakak sulung HM telah dijemput mengadap Ilahi...
kemudian diikuti pulak oleh arwah adik HM yang lelaki...
selepas arwah adik meninggal tu la...
geran tanah yang telah ditukar pentadbir kepada nama arwah sampai ke rumah
sebak pun ada terkilan pun ada...
tapi nak buat macam mana
semua tu kuasa Allah

HM pun serahkan semula kes untuk dibicara semula...
terus kami ber4 dipanggil pada 22hb nanti..
tapi keputusan kami adalah sama...
pembahagian secara sama rata tetap kami jalankan..
cuma kami belum membuat pengishtiharan seandainya salah seorang dari kami juga meninggal dunia
siapakah yang berhak menerima hak kami itu????
.
.
.
.
.
.
.
.

program ditunda....

kalau diikutkan jadual...
kami akan ditugaskan ke Kuala Terengganu bermula 11-14 nov ni...
PID Zon Timur kena join program High Speed Broadband (HSBB)
semalam...
masa HM masuk je opis...
bukak email
kawan HM anta email..
"program HSBB ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditentukan..."
adusss
sedihnye laa
dalam pale dok pikir nk jalan-jalan..relax-relax...makan-makan...shopping-shopping
tibe-tibe program ditunda
HM terus tanya kat kawan HM tu,...
nape ditunda...sebab ba njir ke???
dia kata..agaknye la...faktor banjir turut sama menjadi sebab utama program ditunda
dan satu sebab lagi adalah kerana Menteri yang bakal merasmikan program tersebut terlibat dengan komitmen lain...
apsal lak ni...
nape organizer tak periksa dulu jadual menteri???
ingatkan organizer ni dah prepare segala bende...
sibuk dok tny orang nak meja bape..kusi bape
tau2 menteri nak rasmi jadi cmni lak...
.
.
.
.
.
program yang melibatkan VIP ni memang kena banyak berusaha sket...

Saturday, November 6, 2010

nasi goreng ketam

HM ni memang banyak keje kat rumah...
pagi petang siang malam
pagi seawal 5 am HM memang dah bangun
siapkan tugasan untuk abah
terus siapkan breakfast untuk anak-anak before sekolah
breakfast kena buat awal...
sebab hakimi g sekolah naik bas...
pukul 7 am bas dah datang

so kalau tak sempat...
HM just gorengkan sosej @ nuget aje
kalau rajin sket..HM buatkan la burger untuk diorang
hakimi memang suke makan yang berat-berat...
badan punnn dah makin berat

anak yang sorang lagi tu
pemilih sket orangnya
dia x gemar sangat dengan sosej @ nuget ni
mama yang jadi telaga buruk kalau simpan untuk dia
dia suka makan nasi goreng...bihun goreng...
memang akan bertambah-tambah kalau dia makan
kita tak payah nak paksa-paksa suruh makan cepat

nasi goreng lak...
bukan nak kena prepare beriye...
cukup takat HM taruk telur je dalam tu....
janji namanya nasi goreng
kadang kalau maknye rajin sket...
dapat la dia makan nasi goreng berperisa...

macam ni....

nasi goreng ketam...

dia memang tak kisah...HM nak letak apa dalam tu
tengok je apa ada dalam peti ais...
campak je apa yang terfikir dalam pale otak...
pecah telur sket
godek2 dah siapppp

senangkannnnnnn

asik cite pasal makan-makan jek

mungkin sebab tekanan yang melanda...
HM asyik nak buat entry pasal makan-makan jek
tapi tak pe la...
gambar dah banyak dalam album
tapi HM asyik malas nak upload
orang lain dah edit kasi cantekkk
dah letak watermark
tapi HM asyik peram dalam lappy
so...layan je la mee goreng basah ni ek....



sangat sedap dimakan sewaktu dinner bersama suami dan anak-anak tersayang...
terussss menambah kaum kerabat lemak di badan...

Friday, November 5, 2010

sup ikan merah

teringat zaman-zaman HM waktu masih kecik...
dulu-dulu arwah ayah HM ni suka sangat masak...
tak kira la...apa je jenis lak pauk dia leh masak
agaknya dia penah dapat jawatan chef kot masa dalam askar dulu
kalau kita cakap nak makan mee bandung...dia buat
ayah..nak makan nasi minyak...dia buat
antara kegemaran arwah ayah adalah SUP IKAN MERAH



ini juga salah satu kegemaran HM...
dan sekarang...walaupun ayah dah tiada...
hidangan SUP IKAN MERAH masih lagi HM ingat dan buat..
luckily...kami sekeluarga amat suka!!!

blackforest triffle VS HM triffle

masa kejadian tidak diingati
tapi kesedapannya masih terasa

HM pernah terdengar tentang bende ni dari seorang rakan
tapi HM buat dek aje
sekali masa HM jalan-jalan...tak de keje nak buat
HM pun search kat gugel...BLACKFOREST TRIFFLE
HM terjumpa bende ni kat rumah sorang blogger ni...resepinye kat SINI
memang sangat teruja bila tengok gambar triffle yang blogger ni tayang...
sumpahhhh nampak sangat menjejes...
terus HM termimpi-mimpi buat triffle kat rumah..
tapi sedikit kuang umph la kalau nak lawan dengan triffle orang tu...

ni la rupa bentuk triffle HM...
berwarna warni....
sungguh derhaka
tapi pe'rasa'annya sangat tidak mengecewakan...
tadaaaaaaaaaa.......




HM triffle with blueberry sauce...

pekerjaannya sangat senang...
HM ke TF cari kek gulung coklat tidak ketemu...
pandan pun pandan la...janji misi triffle berjaya

balik umah..siap pesan kat anak-anak...kek ni jangan makan...mama ada projek mega..hahaha
esoknye...terus potong-potong kek masuk dalam bekas...
time nak buat lapisan tengah..HM dah tak ingat resepi
terus pk gantikan ngan kastard ...lantakkk laaa
HM bancuh kastard + susu cair + gula sket = masak atas api perlahan
pastu tuang atas kek tadi...
pastu nak buat cream kat atas pun bahan x de...
terus ganti dengan agar-agar coklat
masak agar-agar + gula sket + coklat + susu cair
pastu terus tuang atas layer kedua
kreatip kan saya???

tunggu agar-agar sejuk...
HM terus humban masuk peti ais...
agak2 hati tak sabar, terus bukak peti ais..
hulur tangan...ceduk ngan susu jek
serius tak sabar nak rasa
dan hasilnya....SANGAT TIDAK MENGECEWAKANNNNNN
petang tu HM asyik terima puji2an aje...

SAYA SANGAT SUKKAAAA!!!!
pastu nak buat lapisan tengah

Wednesday, November 3, 2010

esok adalah hari raya!!

raya???
deepavali la weiii

tapi bukan kita sambut pun..
dengan slogan 1Malaysia ni...
walau agama manapun menyambut perayaan...
kaum lain turut terima tempiasnya....
maka...esok adalah CUTI UMUM

apa plan esok???
masak-masak tentulah...
ni HM bagi suggestion

NASI DAGING...



bahan untuk nasi turun temurun:-

1/2 kg daging batang pinang - direbus
400 gram beras Basmathi
1 peket rempah kurma
1 peket sup bunjut
1/2 sudu makan pes tomato
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inchi halia - dihiris
1 batang kulit kayu manis
3-4 kuntum bunga cengkih
3-4 kuntum bunga lawang
3-4 kuntum buah pelaga
1/4 tin susu cair
garam gula secukup rasa
sedikit butter untuk menumis

cara:-

1. Cairkan butter. Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga serta bahan yang dihiris
2. Setelah bawang agak kekuningan...masukkan rempah kurma, tumis sehingga garing dan masukkan air rebusan daging
3. Masukkan susu cair, garam, gula, pes tomato, sup bunjut serta daging yang telah dipotong
4. Setelah mendidih, tutup api. Tuangkan ke dalam beras yang telah dibasuh dan masak menggunakan cooker.


selalunya orang makan asi daging dengan air asam...tapi kami buat pencicah sendiri...memang malatopsss laaa

bahan untuk pencicah:-

1 labu bawang besar
4 biji cili api siam
2 senduk gula
1 sudu garam
1-2 biji limau nipis

cara:-
1. Tumbuk bawang besar, cili api bersama garam sehingga lumat
2. Masukkan gula..tumbuk lagi
3. Perasakan dengan limau nipis....

nasi daging ni sebenarnya dimakan bersama daging yang dimasak bersamasama nasi tadi dengan air asam. Tetapi Hm dah menderhaka pada resepi turun temurun ni, maka HM buatkan ayam goreng rempah, sup daging dan daging cicah bersama ulammmmm

hutang sudah selesai...hutang lain lak yang datang

Alhamdulillah....
HM telah berjaya menyelesaikan misi membayar hutang PTPTN dalam tahun ni jugak...
begitu gigih HM membayarnya...
sehinggakan HM terpaksa berkorban daripada memboros dan memboroi...
sememangnya tahun ni HM banyak mengurangkan perbelanjaan yang tidak berfaedah
cukup bulan dapat gaji..HM hanya membayar kepada PTPTN...
mula2 HM membayar dengan RM 200 sebulan...itu start tahun lepas
bila masuk 2010..HM mula membayar RM 1000 sebulan...
dapat dividen ASB pun HM langsaikan hutang jugak...
tapi ada gak bulan-bulan yang HM ngelat...
bukan tak bayar langsung
tapi HM kurangkan sket bayaran..
contoh...bulan yang memerlukan HM menggunakan banyak wang...
nak sambung roadtax insurans
bulan raya dengan duit bantuan khas hari raya tak dapat
bulan nak balik kampung
sehinggalah selepas raya, HM ada bayar 9k...
[thanks to abah kerana banyak membantu]
lepas tu HM terus menghubungi PTPTN untuk mengesahkan baki pinjaman...
dah isi borang...
kene tunggu lama gak untuk diorg setelkan pengesahan
nasib baik sekarang ni banyak gunakan telefon je untuk segala urusan
kalau kene turun ke KL...
kos lagi
kene amik cuti lagi
anak nak kene ponteng sekolah lagi
finally hujung bulan lepas, pihak PTPTN telah emailkan surat pengesahan baki
masih berbaki 2500
dan HM terus ke Raub untuk buat pengeluaran ASB...[sayangnye nak kuar duit simpanan]
terus buat bayaran...
pejam mata je masa nak buat bayaran tu...
memang pikir jumlah tu besar
tapi masa dok perabes duit diorang tu..tak pikir pun kannn
baru-baru ni HM call semula ke PTPTN untuk buat pengesahan bayaran
Alhamdulillah..diorang dah terima resit bayaran
jadi HM sangat legaaaa
tapi..
.
.
.
.
.
.
ada lagi 1 hutang lak yang datang...
HM terima surat lawyer dari UUM mengatakan HM masih berhutang sebanyak 2800 lebih
adussss...
apasal lak ni...
seingat HM la....
yuran pengajian HM ditanggung semuanya oleh MARA
tapi kenapa UUM claims HM tak bayar yuran
kalau HM masih berhutang dengan UUM, kenapa HM dengan jayanya konvo pada 2005 dulu
mengikut sistem UUM, mana-mana pelajar yang masih berhutang, diorang tak leh konvo
selagi tak selesaikan hutang
sebenanye HM pun pelik ngan sistem bendahari UUM ni...
HM ingat lagi masa kat sana...
rasa-rasa tahun 2004
HM nak p bayar yuran la diawal semester
tup-tup dia kata HM dah terlebih bayar
so dia pulangkan balik duit kat HM
tu pasal HM kata, sistem bendahari UUM ni sedikit tak betol..
jadi kami yang jadi masalah
tak pasal-pasal nanti kami dikenakan tindakan UNDANG-UNDANG

bila hati sangat tertekan...

perkara ini memang sangat-sangat jarang terjadi...
tapi bila dah terjadi...
jiwa adalah sangat kacaun bilau
hidup adalah sangat tunggang terbalik
minda adalah sangat terancam

tapi....

hidup perlu diteruskan
muka perlu dimaniskan
jangan orang lain pun turut terasa tempiasnya

jadi..kita jadikan lah ia sebagai santapan rohani....
dipersilakann
.
.
.
.
.
.


tom yam kung...
sangat sesuai dimakan bersama jiwa yang kacau bilau....


sotong goreng kunyit...
sesuai dimasak bila hidup tengah tunggang terbalik...
tak payah nak susah-susah amik pisau potong sotong kecik2
humban je sekor-sekor dalam kuali


puyuh goreng rempah...[awat semua dok mengangkang????]
sangat sesuai dimakan di kala darah tengah mendidih...
perapan rempah ratus boleh menjadikan si pemakan terus tergolek terkangkang macam puyuh tu jugak



siakap steam...
tengok muka ikan tu...
turut sama menjiwai watak si tukang masak...
orang sedih..dia pun sedih gak

Sungguh kecewa....

hari ni perasaan sangat-sangat down...
dalam beberapa minggu ni, HM adalah sangat teruja
bukan apa, pihak JKKK dan Felda dah pun meluluskan permohonan HM untuk satu lot kedai
memang inilah impian kami...
nak ada kedai..
nak ada bisnes sendiri...
dah berapa lama kami menumpang orang...

kejadian ni dah start since lepas raya haritu...
HM ada approach dengan tok 4...
pastu tok 4 suggest kawasan bersebelahan premis perniagaan JKKK
tapi permohonan mestilah melalui pengurus Felda

so, HM pun mulakan langkah...
buat surat...
hantar ke pejabat Felda...cc ke JKKK
yet..bila dah lulus..
abah pun teruskan la langkah...jumpa dengan penyewa premis JKKK di sebelah lot kami yang baru lulus tu...

tapi...
masalah bermula di sini...
tenant seolah-olah nak pertahankan tempat dia
dia kata kami kacau bisnes dia
dia kata abah tu orang luar
macam2 yang dia cakap kat abah
pagi tadi pun abah g jumpa dia
nak bincang cara baik
kami bukan niat nak ganggu hidup orang...
nak kacau bisnes orang
kita sama-sama nak cari rezeki.
tapi orang ni tak faham
dia kata kami lak yang nak buat masalah
lepas tu kami terserempak dengan tok 4 kat pasar pagi tadi...
tiba-tiba abah cakap nak tarik diri

WHAT THE HELLLL!!!!
the tenant baru cakap sikit
abah dah nak mengalah
dia tak bole nak buat apa-apa sebab dia pun tak de kuasa
kami mohon ikut saluran yang betul
bukan kami memandai-mandai je nk pacak tiang
terus HM ajak abah jumpa dengan pengurus felda
biar pengurus explain their plans area tu
but...socially...abah terlalu berfikir panjang
takut bermasam muka sesama kami nanti..
takut nanti orang lain benci kat kami...anak beranak

to be frank...
HM memang tak puas ati dengan keputusan abah kali ni
dalam pada kami mendapat sokongan kuat dari pengurusan felda dan jkkk...
dalam pada memikirkan peluang tu bukan datang sekali...
abah leh buat keputusan macam ni...
hancur luluh hati HM...
air mata dah meleleh tadi...
tapi HM still try to be cool...
walaupun HM rasa..
harini lah...
selepas 11 tahun kami hidup bersama...
tune suara HM memang agak keras dan sedikit tinggi...[masih waras untuk tidak melebihi suara suami]
yet, for the first time in our marriage, kami tak sependapat...tak sehaluan
pengurus n tok 4 pun dah cakap
walau apapun..itu adalah keputusan
walaupun the tenant p jumpa..bergolok berparang dengan pengurusan
permohonan kami telah diluluskan...
cuma pihak pengurusan hanya perlu menerangkan the situation
yang masalahnye...ABAH
terlalu lembut hati membuatkan HM terrrsangattt KECEWAAAAAA....

and to abah,
saya tak berniat nak membelakangi abang...saya dah fikir, hanya itu jalan paling mudah..jalan terbaek untuk kite terus maju dalam hidup ni....apa yang saya usahakan adalah untuk kita...kita dah bincangkan perkara ni selalu...hari-hari...kita dah agak akan ada masalah...tapi kita dah persiapkan diri..untuk hadapi semua kemungkinan yang ada...tapi kenapa abang buat keputusan macam ni??? cuba la fikirkan untuk diri sendiri dulu.....apa2 pun...its up to you...fikirlah apa yang terbaik buat kita sekeluarga....