Sesungguhnya percutian kali ni memang memenatkan
everyday kami travel
tak de masa langsung untuk berehat
keluar awal pagi, balik rumah dah gelap
dengan kesihatan yang tak berapa nak elok
menjadikan badan terlalu letih
pelbagai urusan perlu diselesaikan
dan akhir sekali pada hari jumaat
kami melawat kepala kapal yang tersadai di persisiran pantai di wilayah Pattani
sempat la jugak HM membeli belah kat sana
beli ikan kering, belacan, sosej yang sangat murah dan sedap
serta ikan-ikan [dah jemu nak makan daging korban]
kain baju tak berbasuh memang banyak
memang HM dah buat kira-kira
bawak baju sebanyak mungkin
takut hari hujan
tak boleh nak basuh baju
sebab tu kami tak bole nak beli banyak barang
dah la bonet vios tu kecik cenonet
masuk kain baju kami je dah penuh
beg mekap, toiletteries, beg kain smayang, macam-macam beg lagi ada
so, endup kami just beli ikan kering untuk dibawak balik
sampai kat Tak Bai Border
abah beli seluar 3 helai, 1 untuk pak lang
pastu HM just belikan selipar untuk atiqah, idham and intan
untuk Amar, HM belikan baju melayu pesen arabiyah sket
plan nak singgah Pengkalan Kubor beli 1 set corelle pun terpaksa dipendam
sebab apa???
sebab abah dah bengang
tunggu feri hampir 3 jam baru leh naik
tensen nak parking untuk cop passport lagi
so HM pun just diamkan diri..lagipun perut masih lagi rasa tak selesa
dari Pengkalan Kubor kami gerak ke Kota Bharu
kenderaan memang banyak laa
sampai kat KB, dah mula jem
HM ingat orang klate dah mula kuar balik keje
sebab tu jem
lagipun dari KB nak ke Ketereh tu memang banyak traffic light
sekali jem nye sampai ke Kuala Krai
rupanya orang KL masih lagi bercuti
jadinya terpaksa la kami konvoi bersama-sama sehinggalah ke simpang Berchang, Lipis
abah dah geleng kepala
perut dah lapar
nasib masa kat Tak Bai HM sempat beli nasi minyak 4 bungkus
so kami benti jap before Bandar Kuala Krai untuk semayang jamak Asar Zohor
plus makan tengahari@ 6 o'clock
sian kat drebar kannn
x pe laaa
itu pengajaran
lain kali kalau nak ke mana-mana jangan pilih peak season
memang penat harung jem segala
abah pun dah cakap
kalau nak p thailand sekali lagi, jangan ikut Tak Bai dah
kite ikut Rantau Panjang lak
tak kene beratur naik feri....
ye la bangggggg
No comments:
Post a Comment