Wednesday, November 3, 2010

hutang sudah selesai...hutang lain lak yang datang

Alhamdulillah....
HM telah berjaya menyelesaikan misi membayar hutang PTPTN dalam tahun ni jugak...
begitu gigih HM membayarnya...
sehinggakan HM terpaksa berkorban daripada memboros dan memboroi...
sememangnya tahun ni HM banyak mengurangkan perbelanjaan yang tidak berfaedah
cukup bulan dapat gaji..HM hanya membayar kepada PTPTN...
mula2 HM membayar dengan RM 200 sebulan...itu start tahun lepas
bila masuk 2010..HM mula membayar RM 1000 sebulan...
dapat dividen ASB pun HM langsaikan hutang jugak...
tapi ada gak bulan-bulan yang HM ngelat...
bukan tak bayar langsung
tapi HM kurangkan sket bayaran..
contoh...bulan yang memerlukan HM menggunakan banyak wang...
nak sambung roadtax insurans
bulan raya dengan duit bantuan khas hari raya tak dapat
bulan nak balik kampung
sehinggalah selepas raya, HM ada bayar 9k...
[thanks to abah kerana banyak membantu]
lepas tu HM terus menghubungi PTPTN untuk mengesahkan baki pinjaman...
dah isi borang...
kene tunggu lama gak untuk diorg setelkan pengesahan
nasib baik sekarang ni banyak gunakan telefon je untuk segala urusan
kalau kene turun ke KL...
kos lagi
kene amik cuti lagi
anak nak kene ponteng sekolah lagi
finally hujung bulan lepas, pihak PTPTN telah emailkan surat pengesahan baki
masih berbaki 2500
dan HM terus ke Raub untuk buat pengeluaran ASB...[sayangnye nak kuar duit simpanan]
terus buat bayaran...
pejam mata je masa nak buat bayaran tu...
memang pikir jumlah tu besar
tapi masa dok perabes duit diorang tu..tak pikir pun kannn
baru-baru ni HM call semula ke PTPTN untuk buat pengesahan bayaran
Alhamdulillah..diorang dah terima resit bayaran
jadi HM sangat legaaaa
tapi..
.
.
.
.
.
.
ada lagi 1 hutang lak yang datang...
HM terima surat lawyer dari UUM mengatakan HM masih berhutang sebanyak 2800 lebih
adussss...
apasal lak ni...
seingat HM la....
yuran pengajian HM ditanggung semuanya oleh MARA
tapi kenapa UUM claims HM tak bayar yuran
kalau HM masih berhutang dengan UUM, kenapa HM dengan jayanya konvo pada 2005 dulu
mengikut sistem UUM, mana-mana pelajar yang masih berhutang, diorang tak leh konvo
selagi tak selesaikan hutang
sebenanye HM pun pelik ngan sistem bendahari UUM ni...
HM ingat lagi masa kat sana...
rasa-rasa tahun 2004
HM nak p bayar yuran la diawal semester
tup-tup dia kata HM dah terlebih bayar
so dia pulangkan balik duit kat HM
tu pasal HM kata, sistem bendahari UUM ni sedikit tak betol..
jadi kami yang jadi masalah
tak pasal-pasal nanti kami dikenakan tindakan UNDANG-UNDANG

No comments:

Post a Comment