Wednesday, November 3, 2010

Sungguh kecewa....

hari ni perasaan sangat-sangat down...
dalam beberapa minggu ni, HM adalah sangat teruja
bukan apa, pihak JKKK dan Felda dah pun meluluskan permohonan HM untuk satu lot kedai
memang inilah impian kami...
nak ada kedai..
nak ada bisnes sendiri...
dah berapa lama kami menumpang orang...

kejadian ni dah start since lepas raya haritu...
HM ada approach dengan tok 4...
pastu tok 4 suggest kawasan bersebelahan premis perniagaan JKKK
tapi permohonan mestilah melalui pengurus Felda

so, HM pun mulakan langkah...
buat surat...
hantar ke pejabat Felda...cc ke JKKK
yet..bila dah lulus..
abah pun teruskan la langkah...jumpa dengan penyewa premis JKKK di sebelah lot kami yang baru lulus tu...

tapi...
masalah bermula di sini...
tenant seolah-olah nak pertahankan tempat dia
dia kata kami kacau bisnes dia
dia kata abah tu orang luar
macam2 yang dia cakap kat abah
pagi tadi pun abah g jumpa dia
nak bincang cara baik
kami bukan niat nak ganggu hidup orang...
nak kacau bisnes orang
kita sama-sama nak cari rezeki.
tapi orang ni tak faham
dia kata kami lak yang nak buat masalah
lepas tu kami terserempak dengan tok 4 kat pasar pagi tadi...
tiba-tiba abah cakap nak tarik diri

WHAT THE HELLLL!!!!
the tenant baru cakap sikit
abah dah nak mengalah
dia tak bole nak buat apa-apa sebab dia pun tak de kuasa
kami mohon ikut saluran yang betul
bukan kami memandai-mandai je nk pacak tiang
terus HM ajak abah jumpa dengan pengurus felda
biar pengurus explain their plans area tu
but...socially...abah terlalu berfikir panjang
takut bermasam muka sesama kami nanti..
takut nanti orang lain benci kat kami...anak beranak

to be frank...
HM memang tak puas ati dengan keputusan abah kali ni
dalam pada kami mendapat sokongan kuat dari pengurusan felda dan jkkk...
dalam pada memikirkan peluang tu bukan datang sekali...
abah leh buat keputusan macam ni...
hancur luluh hati HM...
air mata dah meleleh tadi...
tapi HM still try to be cool...
walaupun HM rasa..
harini lah...
selepas 11 tahun kami hidup bersama...
tune suara HM memang agak keras dan sedikit tinggi...[masih waras untuk tidak melebihi suara suami]
yet, for the first time in our marriage, kami tak sependapat...tak sehaluan
pengurus n tok 4 pun dah cakap
walau apapun..itu adalah keputusan
walaupun the tenant p jumpa..bergolok berparang dengan pengurusan
permohonan kami telah diluluskan...
cuma pihak pengurusan hanya perlu menerangkan the situation
yang masalahnye...ABAH
terlalu lembut hati membuatkan HM terrrsangattt KECEWAAAAAA....

and to abah,
saya tak berniat nak membelakangi abang...saya dah fikir, hanya itu jalan paling mudah..jalan terbaek untuk kite terus maju dalam hidup ni....apa yang saya usahakan adalah untuk kita...kita dah bincangkan perkara ni selalu...hari-hari...kita dah agak akan ada masalah...tapi kita dah persiapkan diri..untuk hadapi semua kemungkinan yang ada...tapi kenapa abang buat keputusan macam ni??? cuba la fikirkan untuk diri sendiri dulu.....apa2 pun...its up to you...fikirlah apa yang terbaik buat kita sekeluarga....

No comments:

Post a Comment