Tuesday, November 30, 2010

Bantuan Khas Kewangan

@BKK
seperti sedia maklum
kami penjawat-penjawat awam adalah layak mendapat BKK
baik BKK pertama atau BKK kedua

untuk makluman
BKK pertama diberi sewaktu bulan puasa aritu
tujuan: untuk meringankan beban penjawat awam yang bergaji rendah berbelanja untuk hari raya
memandangkan gaji bulanan dapat selepas hari raya

BKK kedua pulak diberi pada hari ini
bersamaan 01.12.2010 hari rabu
BKK kedua ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri sewaktu pembentangan bajet baru-baru ini
semua penjawat awam sangat suka hati
kerana pemberian BKK ini adalah kepada semua penjawat awam
tak kira la ko berstatus tetap ke, kontrak ke, PKS ke, apa ke
semua orang akan dapat sama...500

tapi untuk kedua-dua BKK, HM belum terima
BKK pertama masih lagi dalam proses
aritu tergendala sebab status kontrak kami bermasalah
sekarang kontrak dah selesai
separuh dari kami dah dapat
separuh lagi belum dapat termasuk la HM
orang laen guna BKK untuk beli biskut raya
dah jadi baja organik dah pun...
tapi kami masih belum dapat merasa

BKK kedua pun kami tak merasa jugak
apa lah alasan bos iye...
kawan-kawan dah mula bising

ikutkan hati nak je buat aduan kat BPA

No comments:

Post a Comment