Wednesday, November 24, 2010

Ibadah Korban

our first ibadah korban yang kami buat adalah pada tahun 2008
masa tu abah beli lembu sekor
so kami buat korban untuk kami sekeluarga
3 bahagian lagi mertua HM dan anak sedara abah

2009, kami tak de buat korban pun
so tahun ni abah kata kita buat laa
amik 1 bahagian je
so abah dah arrange ngan ayah dia

masa hari raya tu, lepas solat aidil adha
kami pun berpuyun-puyun laaa ke tempat lembu dikorbankan
memang ramai yang buat korban tahun ni..
kat kawasan kami korban tu pun ada dalam 5 ekor lembu
tak tengok kat tempat lain lagi
Alhamdulillah...rezeki masing-masing

abah cakap, korban kali ni untuk HM laa
HM ok jek...
pastu ayah mertua HM pun amik 1 bahagian
masa lembu nak disembelih tu, kami yang masuk korban ni tunggu la kat situ
sambil niat masa darah lembu mengalir keluar

"Sahaja aku menjalankan ibadah korban sebanyak 1 bahagian kerana Allah Taala"

lepas tu kami balik rumah laaa...
ayah mertua yang setelkan daging
kami sedekahkan daging pada orang keliling rumah
pastu HM mulakan tugas
buat sup daging...
jemputan akan datang selepas solat Asar

ini la tradisi di kampung abah
kalau hari raya korban
diorang hanya prepare ketupat palas sahaja, tak de nak masak beriye
kalau ada yang buat gulai daging pun, hanya mereka yang tak buat ibadah korban
orang yang buat ibadah korban memang tak akan beli daging lain
just tunggu daging yang dikorbankan sahaja

Alhamdulillah...semuanya selesai
semoga ibadah korban kali ini diterima oleh Allah SWT

No comments:

Post a Comment