Tuesday, December 7, 2010

hari yang sangat lemau....

semalam adalah hari cuti umum sempena Maal Hijrah
dan kebetulan, blok HM adakan kelas bacaan Yaasin kaum wanita
dan HM mohon untuk adakan di rumah HM seperti yang dah HM uarkan di SINI

maka dari pagi sibuklah HM dibantu dengan seorang jiran dan anak-anak saudara
balik dari pasar terus HM siang ikan selayang untuk direbus
kemudian, HM mintak anak-anak sedara setelkan rebus laksa kat luar rumah
sebelum tu lagi HM rebus kacang hijau untuk buat bubur
kemudian bila dah siap bubur kacang + durian dan kuah laksa
HM buat puding jagung guna agar-agar
itu je yang HM buat
sebab orang-orang blok akan bawa juadah juga nanti...

so, menu pada majlis semalam adalah

laksa
bubur kacang + durian
keropok goreng cicah sos
puding jagung
limau
karipap inti daging --- jiran bawak
karipap biasa ---- jiran bawak
kuih apam ayu --- ketua blok bawak
agar-agar santan --- ketua blok bawak
bubur kacang biasa --- jiran bawak
kuih ros --- jiran bawak

meriah dengan makanan
Alahmdulillah, syukur..
majlis berjalan dengan lancar
makanan pun lebih sikit je
jiran-jiran terdekat pun dapat bawak balik sorang sikittt

oleh itu hari ini HM sangat letih
tido tak cukup
dengan badan seakan-akan mabuk preggy....

arini lak keje sorang
assist dah HM pos ke ganu, program HSBB
rasa macam nak tutup pintu, TIDOOOOOOO

No comments:

Post a Comment