tiba-tiba tekak melayu seakan-akan menjerit
mintak tukar selera pulakkk
tak mo dah makan ikan bakar cicah sambal belacan!!!
ini la dia, bende yang HM dok teringat sampai mimpi-mimpi tu
ari sabtu lepas saja beli sepeket brand San Remo
semalam baru menjadi
itu pun tak cukup bahan
cendawan butang tak de dijual di pasaran sungai koyan
ahhh pedulikkan
mengikut kata resepi
cendawan butang tu optional
resepi HM cilok dari SINI
menurut kata si pemberi resepi
rasanya sangat authentic!!!
HM tak tau la
sebab selama hayat HM menjangkau 33 tahun ni
baru 3 kali HM merasa
kolot sungguh i ni kannnn
series tau
1st time makan, buat sendiri
masa tu HM baru form 3
ada kelas masakan dengan sorang cikgu ni
dia la yang ajar kami buat spaghetti ni
sekali HM makan, termuntah la pulak
terus tekak melayu HM tak berani nak makan lagi dah
kali kedua, arwah kak long HM yang masak
dia terjumpa buku resepi kat rumah yang dia sewa
sekali dia teringin nak makan
tapi dia main buat ikut resepi dia je
so-so laaaa
sebab resepi hentam kromo
kali ketiga, tahun lepas
ni kakak Hm yang no 2 yang masak
anak-anak dia sangat suka makanan ni
so dia pun masak
pakat makan la anak-anaknya dengan sungguh berselera
tapi HM makan sikit je
sebab rasa masam tu yang membuatkan HM kurang gemar
dan kali keempat adalah versi HM sendiri
HM buat malam tadi
tak ikut resepi pun
Hm main buat je
last sekali masukkan italian herbs
terus rasa makanan teesebut sangatlah menyelerakan
kalau tak pecaya, sila klik kat gambar di atas tu
No comments:
Post a Comment