Thursday, September 30, 2010

11th anniversary

tanggal 28 september 2010
genaplah usia perkahwinan kami yang ke 11
tiada hadiah-hadiah untuk tahun ni
cuma ucapan selamat diungkaikan
sebab tahun ni dah banyak sangat hadiah yang dah dapat
kereta, oven, hset, jam tangan, mesin basuh, freezer
bila mengenangkan bende-bende yang dah diperolehi tahun ni
rasa macam melampau-lampau sangat
tapi bende tu semua keperluan

abah pun dah berabes banyak tahun ni
pasang tiles kat bilik air + buat garaj kereta baru
repair longkang kat luar rumah
dan yang paling terharu sekali ialah abah telah membayar kesemua baki hutang PTPTN HM
alhamdulillah, kini hanya tinggal hutang dengan MARA saja lagi

untuk tahun ni,
memandangkan anniversary kami jatuh di bulan syawal
maka kami bercadang nak buat makan-makan
alhamdulillah baru-baru ni HM dapat baki dividen KPF sebanyak 4% lagi
bukan banyak pun...
dapat la 500 lebih
tapi HM tak sempat la nak prepare on our BIG DAY
sebab keje kann
lagipun HM jugak yang kene setel all foods
so plan ditunda ke 2 Oktober 2010, 5.00 petang
harap-harap jangan la hujan kannn

ok la sempena anniversary ni,
harapan HM adalah

SEMOGA KAMI DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI
KAMI JUGA BERHARAP AGAR KASIH SAYANG KAMI TAK KAN PERNAH LUNTUR SAMPAI BILA-BILA
KAMI JUGA BERJANJI UNTUK MENJADI IBU BAPA YANG TERBAIK BUAT ANAK-ANAK KAMI, HAKIMI, HUSNA DAN SETERUSNYA....INSYAALLAH
SEMOGA RUMAHTANGGA KAMI SENTIASA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA...AMINNN


No comments:

Post a Comment