Wednesday, January 5, 2011

kerana duit...harta tergadai

seingat HM kisah ni masih belum diblogkan
kisah ni mungkin sedikit panjang
sebab nanti kisah ni akan dijadikan tauladan pada generasi kami yang akan datang

kisah bermula lepas raya haji baru baru ni
ketua blok 11, datang jumpa ahli blok minta tandatangan satu borang
borang tersebut berhubung pihak Selinsing Gold Mining (SGM) hendak membuat projek carigali emas di tapak ladang blok 7,9,11 dan 12
ketua blok cakap, ko sain je nanti depa bayar 7k untuk carigali
nanti kalau depa kata ada emas kat ladang tu
depa bayar 150k/ ekar
depa nak amik dalam 2 ekar je sorang...

HM adalah orang pertama yang sain
kemudian ketua datang lagi jumpa HM
dia kata tu guna nama arwah mak hang
x buleh la...nanti depa nak bayar cek atas nama orang mati susah pulak
HM pun letak nama HM dan sain
ropenye semua ahli blok sain...

tak lama lepas tu
setiap ahli blok diedarkan dengan draf surat perjanjian carigali tanah di ladang kami
HM duduk, baca betul-betul dan cuba fahamkan
yet, HM dah berbelah bagi sama ada nak sain @ tidak

kemudian, kami dapat gaji bagi bulan 12
HM amik kesempatan untuk berdiskusi dengan ahli blok
rata-rata tak mo sain..diorang cakap, kita tak payah p lagi senang
ok, fullstop. jangan p sesi menandatangai perjanjian tu
kebetulan, pihak pengurusan felda ada mengedarkan satu surat
isi: jangan tandatangan sebarang perjanjian dengan pihak SGM sebelum apa-apa taklimat diadakan oleh piahk Felda sendiri

pada 30hb, pihak SGM telah menyediakan kenderaan untuk membawa ahli-ahli blok yang nak sain la
abah call HM, x pegi ke??
HM cakap x mo pegi...setel
hasilnya, 10 ahli dari blok HM dah pun tandatangan
termasuklah yang duduk KL, kedah
semua balik koyan semata-mata 7k yang dijanjikan itu
manusia...manusia..bila dah dikaburi dengan wang ringgit
semuanya sanggup

rata-rata yang sain perjanjian dengan pihak SGM tu memperbodohkan kami-kami yang tak sain
diorang cakap, ornag nak bagi duit pun tak mo..BODOH!!!

2hb jan 2011, pihak felda telah menjemput seorang pegawai dari Wilayah Mempaga bagi membincangkan isu ini
kerana rata-rata ada yang separuh menyesal
ada yang nak jugak menggadaikan tanah kepada pihak SGM
ada yang buat laporan polis

rentetan dari sesi perbincangan tu
baru HM tau
rupanya pihak Felda tidak bersetuju dengan projek SGM ni
yang mana projek ini hanya menguntungkan SGM sahaja
SGM bayar 7k, untuk tempoh 3 tahun proses carigali
dalam masa 3 tahun tu SGM dah boleh untuk berjuta-juta
walaupun SGM cakap pokok sawit tidak diganggu@tidak rosak
tetapi, HM dimaklumkan bahan yang digunakan untuk mengeluarkan emas dari dalam tanah dipanggil SIANIDA
dimana bahan ini merupakan asid yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan pada pokok serta alam sekitar

tetapi bagi pihak pakcik-pakcik yang mahukan tanah mereka diteroka oleh SGM
mereka masih nak pertahankan hak mereka
pada mereka,
tanah felda adalah dibawah Akta GSA seksyen 36
dimana Akta ini boleh ditamatkan sehingga sampai satu ketika
oleh itu mereka anggap akta ini boleh dimansuhkan begitu sahaja
lagi pulak, sorang pakcik ni cakap
ada sorang timbalan menteri pernah datang ke felda sungai koyan
menyatakan beliau sangat berbangga sekiranya peneroka felda dapat memajukan tanah felda
what the hell pakcikk!!!
menteri tu cakap, memajukan tanah felda bukan maksud dia gadaikan tanah felda kat warga asing...
majukan tanah tu, amik la tanah-tanah rizab felda
bukak kilang kepek ke...kilang sabun ke..kedai kasut ke..kedai runcit ke
apsal laaa pakcik ni pendek akal sangat!!!

pihak pengurusan felda dah nyatakan
sapa yang rasa tertipu
boleh buat laporan polis untuk memulangkan semula cek 7k tu
agar tanah kita terselamat
tapi masih ada segelintir yang rasa tindakan mereka betul
tak nak pulangkan cek tersebut
diorang cakap, nanti kami ni jadi macam keling mabuk...
orang giler...dah bagi pastu nak bagi semula
konon berpegang pada prinsip..MELAYU PEGANG PADA JANJI

HM nak je jawab
pakcik, biar pakcik dianggap gila sekarang
jangan nanti pakcik dianggap gila oleh anak cucu pakcik
dah jual tanah kat bangsa asing'konon nak bantu kerajaan
kalau SGM dapat hasil banyak
maka kerajaan pun dapat royalti banyak
pakcik,
SGM hanya bayar 5% royalti dari hasil yang dia korek
95% lagi dia bawak balik negara dia
5% tu laa kerajaan agih untuk pembangunan kerajaan..untuk rakyat untuk macam-macam
besar sangat ke 5% tu???
sikit sangat ke 95% yang dia bawak balik tu???

LANTAK KO LA PAKCIK...APA NAK JADI DAH PUN JADI
LEPAS NI JANGAN JADI GILA DUK P UKUR TANAH KAT LADANG SUDAHHHHH

No comments:

Post a Comment