Thursday, April 28, 2011

perut terasa gatal

dulu masa pregnant anak 1st
HM tak tau cite
kalau perut gatal, jangan garu
akibatnya..penuh la scretch mark
HM tau tu pun masa dah dekat-dekat nak bersalin....
dah terlambat...

parut tu bukan mudah nak hilang
lagipun HM yang serba-serbi kekurangan ni bukan mampu nak cari cream-cream yang mahal tu
HM abaikan aje laaa
bukan orang nampak pun
aku bukan pakai baju nampak perut...nampak pusat segala

bila pregnant kali ke 3 ni
HM macam takut-takut lak
bila perut terasa gatal..tak berani lak nak garu
takut scretch mark lagi
padahal perut dah penuh dengan parut lama
hari ni perut memang dah tahap tak leh tahan
garu adalah satu bende yang cukup nikmat
terpaksa la HM menggaruk jugak
nanti lepas bersalin kita cari cream yang paling baik...
moga-moga Allah murahkan rezeki...
nanti boleh la beli....

Melayu mudah lupa

itu kata-kata yang lahir dari mantan Perdana Menteri Malaysia...Tun Mahathir
HM sangat bersetuju dengan quotes beliau
bukan apa...memang bangsa Melayu adalah satu bangsa yang mudah lupa
lupa diri
lupa asal usul
lupa daratan
macam-macam

tapi kat sini, HM bukan nak bercerita tentang Melayu yang mudah lupa
tapi...MELAYU SUKA DENGKI
kenapa HM cakap macam tu???
bangsa lain tak de dengki mendengki ke?

bila kita duduk dalam sebuah masyarakat yang rata-rata adalah kaum Melayu
kita dapat rasai perasaan hasad dengki wujud di mana-mana
terutama sekali, Melayu tak boleh tengok orang lain lebih maju dari diri dia
kalau boleh, mereka ini mahu lihat orang lain hidup susah...biar dia sorang je hidup senang
tapi kenapa bangsa lain tidak
cuba lihat bangsa C**a...
boleh je bukak bengkel sebelah menyebelah tanoa ada hasad dengki
tak de pulak nak bergado..berdengki...bermasam muka
kadang-kadang kita tengok sederet kedai tu semua bengkel
semua boleh cari makan...
tapi...
kenapa tidak Melayu???
bila kita cuba nak cari rezeki lebih sikit
mula la timbul macam-macam hal
bawak mulut ke sana ke mari
cucuk sana cucuk sini
kalau boleh nak sesama kita ni bermasam muka
pastu bawak cerita tak baik
cemburu bila tengok bisnes seseorang tu maju

HM tak merujuk pada sesiapa
tapi itu hasil dari tinjauan HM sendiri
even orang lain pun ada mengiyakannya...
apa yang pasti
diri kita sendiri
jangan cari pasal dengan orang lain
biar lantaklah apa orang nak kata
jaga mulut...jaga tepi, luar dalam kain kita sendiri
biar bermanis muka..nanti orang akan senang
sampai bila orang nak berkata
nanti diorang letih...diorang berenti laaaaa

Mimpi buruk...apa petanda???

semalam...
HM telah mendapat satu mimpi buruk
sangat sedih dengan mimpi tu
bile terjaga dari tido
HM asyik teringat-ingat pasal mimpi tadi
apa petandanya???

HM tak sanggup nak reveal kat sini
furthermore, HM belom bercerita dengan sesiapa pun
tapi mimpi tu berkaitan dengan HM dan baby dalam kandungan ni

Ya Allah, selamatkan baby dalam kandungan hamba Mu ini...AMINNN

Sunday, April 24, 2011

back to normal???

tadi HM ke klinik
buat BSP..BP and normal cehck....
sekali harung jimat masa

masa timbang berat....71kg
ohhh turun again....
misi tanya "akak x diet ke???"
apa lak dietnye...x kuasa akak nak diet-diet bagai

ye...
HM akui lately memang HM kurang ambil berat pasal makan
HM makan tak tentu masa dan ketika
sekarang ni bile kedai dah beroperasi
masa sangat terhad
tido tak cukup...makan tak cukup...rehat tak cukup
HM rasa semua faktor-faktor tersebut banyak mempengaruhi...
Ya Allah berilah aku kekuatan....

Tuesday, April 19, 2011

sangat mengantuk...

sejak ada bisnes sendiri ni
tiap-tiap hari HM bangun pukul 4 pagi
bangun tido terus masuk dapo
siapkan makanan untuk breakfast
kuah roti...nasi lemak...goreng mee..bihun...kue teow
pastu prepare bahagian depan...untuk susun lauk pauk

dekat pukul 7 baru mandi..solat
lepas tu siap-siap
bungkus nasi lemak pulak
kalau tak de pasar pagi HM bole la tolong sampai pukul 8
pukul 8 dah gerak anta una ke sekolah
8.15 HM terus masuk keje
tak pun g la kedai ke apa ke..
cari barang yang tak cukup

pukul 8.30 mesti ada kat PID
mulakan tugas dengan sangap sekali
seriusly HM memang tak daya nak menahan mata
masuk keje terus tak leh nak angkat mata
nak pulak keje macam HM ni banyak duduk je

blik tengahari HM tolong kat kedai
sambil menyiapkan kuah laksa untuk petang
pastu kelam kabut la nak mandi..solat..makan

pastu masuk keje semula
sangap again...
sampai la pukul 5.30 petang
HM kemas untuk balik
sampai kat kedai kene tolong-tolong lagi
kupas bawang...kopek kerang...mesin lada
sampai maghrib...lepas maghrib sambung lagi
kadang-kadang mengemas sampai dekat pukul 12 tgha malam
baru leh tido

dengan badan letih...tido tak cukup
HM amat memerlukan rehat secukupnya

Monday, April 18, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

11 April 2011...

ini lah tarikh pembukaan kedai kami secara rasminya
tiada niat untuk menunjuk-nunjuk
sekadar peringatan untuk generasi kami

Semoga perniagaan ini berjaya hendaknya...AMINNN

Majlis Tahlil dan Doa Selamat

Alhamdulillah...
majlis telahpun selamat diadakan pada 9hb April 2011
punya lama kami mnenantikan saat itu
akhirnya impian terlaksana

sebelum majlis
kami memang bertungkus lumus menyiapkan apa yang patut
terutama abah
kesian pun ada
letih sangat
siang malam pagi petang hati abah kat sana je
tapi HM redha...
untuk kebaikan kami bersama

jemputan kami kali ini agak ramai
lebih dari majlis yang selalu kami laksanakan
target kami adalah kenalan...jiran tetangga...pelanggan
sebab tu kami tak kisah keluarkan belanja sikit
kata orang...sambil menyelam minum air
sambil kami menjemput...kami mempromosikan kedai kami

HM tak menggunakan tenaga yang banyak untuk menguruskan majlis kali ini
cukup rakan terdekat dan adik HM
mereka memang sangat coorperate
HM sangat terharu

keesokan paginya bermula saat yang paling mendebarkan
sambil masak..hati ni asyik risau
ada ke orang nak datang kenduri aku ni
HM sendiri menyuarakan hasrat pada kak liza n kak gee
HM risau lauk banyak tak abes
sapa nak makan???
tepat pukul 11.30 pagi jemputan dari Surau Al-Hilal sampai
kami pun dah menyiapkan serba sedikit lauk-pauk di tempat yang disediakan
selesai bacaan tahlil dan doa selamat
kedai kami dibanjiri para jemputan
Ya Allah...sungguh HM tak sangka
sambutan sangat baik
sehinggakan HM dah mula risau lauk tak cukup

nak dijadikan cerita
tepat pukul 11.30 tu la bekalan elektrik di kawasan Jelai terputus
dengan keadaan yang serba panas
bekalan air turut sama terjejas pada tengahari
nasib HM prepare pinggan polisterin sebanyak 300 keping
so kurang penggunaan air untuk membasuh pinggan mangkuk

majlis juga tamat sekitar pukul 3 petang
Alhamdulillah
sambutan menggalakkan...lauk pauk mencukupi
tetapi jika dihitung dengan jemputan
sudah pasti lauk kami tak cukup

yang menyedihkan
HM terlupa nak charge bateri kamera
HM lupa lak nak mintak assistant HM bawak kamera PID
maka pada hari kejadian sekeping gambar pun tiada dalam simpanan...

yang pasti
majlis ini tak kan kami lupakan
ini merupakan detik permulaan perniagaan kami
semoga perniagaan kami ini akan terus dirahmati oleh Allah SWT
dan Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat kami....
AMINNNNN