Thursday, October 27, 2011

Tanggal 30 Julai 2011...

pagi tu Che Ma still masak kat kedai
bangun awal
nak siapkan breakfast
masa bangun tu tak de rasa apa2 pun

tibe-tibe area kul 5
Che Ma dah terasa contraction
tapi tak kerap sangat
Che Ma dok pikir, nak sampai waktu ke??
Che Ma leh lupa sakit nak beranak camne...haru!!!
memang tak de takde apa2 tanda pun
bagitau kat abah...'rasa-rasa cam dah nak kuar je ni...'
abah rileks lagi..Che Ma pun tak de la tunjuk cemas sangat
tapi Che Ma cakap tunggu jap lagi laa
nak masak dulu bagi siap semua pastu kite p hospital
abah tanya nak g klinik ke hospital terus
che ma cakap ke hospital laa
nak tunggu kat klinik dah sepasal
mau aku beranak dalam ambulans nanti

pukul 6.30 che ma dah siap2 mandi, solat, kejut anak-anak, call budak2 keje
tepat pukul 7 kami gerak ke lipis guna kete che ma ---> kete abah ada kat rumah
timeni contraction dah semakin kerap
abah cuba ajak sembang2
tapi kite yang tengah sakit ni geram je...
time contraction che ma suh dia jangan cakap

sampai hospital pukul 7.40 pagi
terus masuk bilik menunggu
specialist ada kat situ
che ma cakap dah rasa sakit2 tapi takde tanda
diorg rileks je...sakit ati betul
pastu doc buat CTG
agak2 ok, doc suh masuk ward

apa kes ni???
aku ni dah sakit nak beranak
di suruh masuk ward lak
apasal tak cek bukaan lagi....budusss!!!
tak lama lepas tu baru doc panggil semula
nak cek bukaan..bengap bingai betul doc ni
kalau jadi apa2 kan susah
doc cek bukaan dah 5cm
terus kene masuk labour room
tunggu la che ma dalam tu dekat 3 jam
mata asyik tengok jam...

masa nak deliver tu misi suruh panggil abah
mula2 dia refuse nak masuk
takut tengok darah banyak ---> apasal ramai orang laki takut darah????
che ma cakap panggil jugak---> kita nak bertarung nyawa ni...kene la ada dia...nak mintak ampun dulu

bila abah dah masuk
che ma suh misi cek bukaan...8cm
sekali che ma dah tak tahan nak tunggu
bagi tau kat misi saya dah tak larat nak tunggu
saya nak teran sekarang jugak
lepas cakap tu terus che ma teran

maka keluarlah...
seorang baby boy seberat 3.4kg tepat pukul 11.10 pagi pada 30 Julai 2011.....


Iman Amsyar...2 days old

No comments:

Post a Comment