Thursday, December 30, 2010

sangat teringin....

tekak ni teringin sangat
makan nangka masak
makan pucuk ubi masak lemak kuning
makan rebung
makan pucuk paku

tapi.........................
bende-bende tu sangatlah akronim dengan HM
bile HM makan
perut akan kembung macam dah nak beranak
kaki akan sejuk macam rendam dalam air batu
urat urat akan sakit macam demam cikunya

sampaikan bila ada nangka masak kat belakang rumah
abah x amik pun kat pokok
sebab kalau dia amik
bini kesayangan ini akan dengan selamber jek makan
pastu ngadu..itu la..ini laaaa

camne niiiii???

sangat rindu pada diaaaa

huhuhu ni entry belaian jiwa
dalam kesibukan kami sekarang
hidup kami seakan tunggang langgang

tak leh nak sembang banyak
tak leh nak manja manja
tak leh nak makan sekali
tak leh nak mandi bersama ....oooopppsss

kami cuma berjumpa time tido jek
tu pun masing-masing letih
masing-masing letak kepala
terus hanyutttt

RINDUNYE NAK MACAM DULU...
BILA LA SEMUA KEJE NI NAK SELESAI EKKKK

Wednesday, December 29, 2010

KEDAI KAMI...

dulu dulu dah cite pasal beli kedai ni
malas nak godek, cari sendiri

Alhamdulillah urusan jual beli dah pun selesai
sekarang kedai kami masih dalam proses renovation
nak plaster dinding
tebuk dinding buat tingkap
pasang syiling
pasang tiles
pasang pintu tarik (roller shutter)
pasang fit glass
banyak jugak nak kene tambah



ini la rupa kedai yang kami beli tu
kalau kita tengok dari sudut luar
memang hazab rupa bentuknya
tu pun HM hanya ambik dari pandangan depan
mesti orang tak sangka harga puluh puluh ribu kannn
tu pasal nak kene reno banyak
nanti HM update lagi rupa bentuk terkini kedai kami yeee

loya..mual..pening..dan minyak anginnnn

orang asyik tanya...
ko ni tak mabuk ke??
ko ni tak de alahan ke??
ko ni aku tengok mengandung pun macam ok jek...

begitulah kekdahnya
HM mengandung memang tak la teruk macam orang lain
tak leh bau bawang
tak leh bau hanyir ikan
tak itu..tak leh ini

HM pun ada berperasaan macam tu
kadang-kadang time nak siang ikan
bau hanyir ikan tu memang nak muntah
tapi tak kuar pun
perasaan jek
HM paksa gak masak <-----abess sapa nak masak kalau bukan aku???

kadang-kadang bile masuk opis
perut lapar giler
tu pasal sekarang ni HM bawak bekal banyak-banyak
so time lapar, terus makan

yang masalahnye
bile dah makan separuh
mula la rasa nak muntah..loya-loya
pastu bila balik rehat
nak masak pun dah tak daya
lembik satu halll
loya satu halll

ABESSSS CAMNO???

dah ok sket...

hari ni HM dah rasa ok sket
berbanding semalam, kelmarin dan kelmarinnnn
selalu macam ni tau
agak-agak nak sihat je dah ari khamis
esok jumaat
pastu cuti
baru je nak ada mood buat keje
dah kene stop...
pastu next week, monday dah tak sihat balik

abes cmno nak buat keje????

we are the champion!!!

everybody has blog about this
so HM tak mo ketinggalan

semalam adalah final pusingan ke 2
dilangsungkan di Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia
secara kebetulan HM balik rumah lewat malam semalam
kami hanya dapat tonton separuh masa ke 2 saje

yang nyata dan ketara
squad Harimau Malaya memang hebat
pertahanan yang sangat kuat
millions credit to goal keeper, Khairul Fahmi yang banyak menyelamatkan gol Malaysia
you're the hero

dengan berbekalkan 3 gol
squad Harimau Malaya tenang menghadapi pemain Indonesia
walaupun Indonesia dihadiahkan dengan sepakan penalti
tapi gawang Malaysia dapat diselamatkan oleh penjaga gol yang sangat berkaliber
keputusannya, Malaysia menang dengan agregate 4-2...

TAHNIAH SQUAD HARIMAU MALAYA...
TAHNIAH RAJAGOBAL...
TAHNIAH 1MALAYSIA...
MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


**update: PM telah mengumumkan 31 Disember 2010 adalah cuti umum bagi meraikan kemenangan besar Malaysia dalam AFF Suzuki....thank you Malaysia

Tuesday, December 28, 2010

sangat letih...sangat tidak sihat!!!

dalam keadaan berbadan dua sekarang ni
level kesihatan HM sangat teruk
every week HM mesti dapat demam + selesema
mata berair
kepala pusing
hidung panas
muka panas

badan letih tok sah cite laaa
kadang rasa macam nak nanges sebab terlalu letih
ditambah lagi dengan kesibukan kami renovate kedai
nak masak untuk pak tukang lagi
pagi-pagi dah masak untuk sarapan...hantar kat kedai
lepas balik rehat tengahari masak lagi...anta lagi kat kedai
blik petang sedia teh
maghrib masak utk dinner
balik umah prepare barang untuk niaga lagi
smayang pun adakala duduk
sebab terlalu letih nak bagun duduk

rasa-rasa nak amik cuti...
nak rehat puas puas kat rumahhh
tapi boleh keee????