Wednesday, April 6, 2011

20 tahun yang lalu....

harga nasik lemak sebungkus kalau kat kampung cuma 30 sen je
makan sampai kenyang
lemak terasa
sambal sedap
memang makanan ruji HM la sewaktu sekolah rendah

even masa HM sekolah asrama felda
tiap2 malam lepas kelas prep pukul 10
ada sorang pakcik bas ni akan meniaga nasik lemak
nasik lemak dia memang igauan kami pelajar-pelajar form 5
sebab bekalan untuk stay up
beli 2-3 bungkus
mana layan takat sebungkus

tapi kat sekolah, nasik lemak dijual pada harga 50 sen
masih mampu untuk kami budak-budak asrama yang kadang berduit..kadang g sekolah dengan poket kosong
sama juga dengan harga nasik lemak di kampung HM
dah naik 20sen
jadi 50 sen...mampu lagi ni

beberapa tahun lepas abes sekolah
harga nasik lemak pun naik
seingat HM
masa HM duk saja membesarkan badan sambil jaga anak sorang
harga nasik lemak di bandar Raub adalah singgit
singgit pun ko makan rasa kenyang tau
tapi kat kampung diorg jual 70 sen jek
still affordable kannn

tapi sejak beras naik harga ni kann
nasik lemak pun naik harga gak
kat kampung naik setakat singgit je laa
lauk sambal ikan bilis + telor belah 8 + timun sepotong
kat tempat lain HM kurang pasti
maybe more...

tapi yang HM nak cakap kat sini
sebab tak puas ati ngan nasik lemak yang dibeli pagi tadi
sambal ikan bilis dah la masin
nasik lak keras kejung
ciput lak tu... <------------ xsampai 10 suap HM makan
sambil makan, HM teguk air
sebab tersangkut nasik
sedey weiiii


ni la ropenye nasik tu

** apa pun, situasi ni dpt dijadikan pedoman sebelum HM bukak kedai nanti...***

No comments:

Post a Comment