setelah mendapat tahu peknen buat kali ke 4 untuk anak yang ke 3
HM dah bagi tau kat abah siap-siap
kali ni i nak nak breastfeeding baby sampai umo 2 tahun
senyum lebo muka pak laki
kenapa tau...
jimat duit nak beli susu formula
tapi sila ingat bang...
u kene prepare duit untuk beli segala kelengkapan mengepam susu
HM dapat bezakan
antara anak yang mendapat khasiat penuh dari susu ibu dan susu formula ni
maklumla kannn
kita kan dah ada dua...
untuk makluman,
HM memang bagi direct bf kepada anak yang sulung
kebetulan masa tu HM fully housewife
so tak de keje melainkan mengulit anak jeeee
Hakimi mendapat haknya selama 1 tahun 10 bulan
kenapa tak cukup 2 tahun
sebab masa tu HM dapat offer melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana secara full time
tak kan aku nak angkut anak ke sana
hasilnya, badan Hakimi sungguh tegap sekarang
boleh dikategorikan sebagai overweight di tahap under control
pada umur 10 tahun, beratnya dah mencecah 43kg dan hampir tinggi dengan omaknye...(dasar mak ketot nak buat camne)
Hakimi memang jarang dapat penyakit
jarang demam, jarang selesema, jarang batuk
orang lain sakit camne sekalipun
dia masih steady
berlainan dengan una
dia hanya mendapat haknya selama 2 bulan... (Mode: sangat sedih)
masa tu HM baru lepas convocation
konon-konon nak cari keje
so memang pasang niat
siang kasi susu formula
malam kasi susu ibu
2 malam je bertahan
pastu dia mengamuk tak hengat
sebab susu ibu pun seakan-akan malas nak keluar
dia rasa tak puas agaknya dapat susu sikit
hasilnya, badan kurus kering macam tak cukup zat
selalu sangat ditimpa demam, selesema, batuk
andaikata musim demam
dia yang akan dijangkiti dulu
ini adalah teori HM semata-mata
tak de kaitan dengan orang lain
maka, untuk anak yang bakal dilahirkan pada bulan puasa nanti
InsyaAllah mama akan terus cekal memberikan susu ibu
semoga azam mama kali ini lebih kuat untuk mengharungi cabaran yang akan tiba
No comments:
Post a Comment