Thursday, March 31, 2011

Minggu ke 22



tengok blog orang lain
siap cerita perkembangan baby dalam perut dari minggu ke minggu
seronok jugak kann
tapi HM ni nak bukak blog sendiri pun malas
macam mana nak update perkembangan baby

hmmm hari genap lah usia kandungan HM 5 bulan 2 minggu 3 hari
pergerakan dah terasa
cuma yang HM perasan
baby ni aktif bergerak di siang hari
malam hari dia duk diam jekkk
so ini adalah petanda baik
nanti bila keluar
siang-siang hari dia berjaga
malam tido bersama mamanya
tidak la dia memberi tekanan seperti kakaknya

**pic credit to google**

musim durian

yang tua nak ke mekah..
yang muda gatal nak menikah...

hahaha teringat lagu Mr Os...
psl musim durian la mula kenal sedara masa
kalau tidak..sedara ke mana apa ke mana

skang musim durian dah tiba kembali...
di tempat HM saja dah berlonggok orang jual hasil kebun masing-masing
ada 3 biji rm 10...ada 4 biji rm 10...
ikut pilihan hati

ni masih lagi di awal musim
bila dah tiba pertengahan musim
setiap rumah dah ada bau durian...
orang bagi free jek..
tak yah beli-beli
tu pun...orang dah tak lalu tengok durian

ni HM tengah tunggu adik bongsu balik
mau bikin pulut durian...
sedapnye pulut durian...cepat la sikit ko balik woiii...meleleh dah aku ni


credit to mr google

Wednesday, March 30, 2011

azam kali ni

setelah mendapat tahu peknen buat kali ke 4 untuk anak yang ke 3
HM dah bagi tau kat abah siap-siap
kali ni i nak nak breastfeeding baby sampai umo 2 tahun

senyum lebo muka pak laki
kenapa tau...
jimat duit nak beli susu formula
tapi sila ingat bang...
u kene prepare duit untuk beli segala kelengkapan mengepam susu

HM dapat bezakan
antara anak yang mendapat khasiat penuh dari susu ibu dan susu formula ni
maklumla kannn
kita kan dah ada dua...

untuk makluman,
HM memang bagi direct bf kepada anak yang sulung
kebetulan masa tu HM fully housewife
so tak de keje melainkan mengulit anak jeeee

Hakimi mendapat haknya selama 1 tahun 10 bulan
kenapa tak cukup 2 tahun
sebab masa tu HM dapat offer melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana secara full time
tak kan aku nak angkut anak ke sana
hasilnya, badan Hakimi sungguh tegap sekarang
boleh dikategorikan sebagai overweight di tahap under control
pada umur 10 tahun, beratnya dah mencecah 43kg dan hampir tinggi dengan omaknye...(dasar mak ketot nak buat camne)
Hakimi memang jarang dapat penyakit
jarang demam, jarang selesema, jarang batuk
orang lain sakit camne sekalipun
dia masih steady

berlainan dengan una
dia hanya mendapat haknya selama 2 bulan... (Mode: sangat sedih)
masa tu HM baru lepas convocation
konon-konon nak cari keje
so memang pasang niat
siang kasi susu formula
malam kasi susu ibu
2 malam je bertahan
pastu dia mengamuk tak hengat
sebab susu ibu pun seakan-akan malas nak keluar
dia rasa tak puas agaknya dapat susu sikit
hasilnya, badan kurus kering macam tak cukup zat
selalu sangat ditimpa demam, selesema, batuk
andaikata musim demam
dia yang akan dijangkiti dulu

ini adalah teori HM semata-mata
tak de kaitan dengan orang lain
maka, untuk anak yang bakal dilahirkan pada bulan puasa nanti
InsyaAllah mama akan terus cekal memberikan susu ibu
semoga azam mama kali ini lebih kuat untuk mengharungi cabaran yang akan tiba

TLIWH PD

apa punya panjang short cut...
eh short cut ke tu...
saje je...

tadi HM bukak FB
tetiba nampak gambar member exUUM pegi holiday 1 family
ramai dah blogger-blogger yang holiday ke tempat ni
HM pun rasa macam teringin
macam best la pulak
terus tadi HM pun google la sikit-sikit info pasal resort ni



The Legend International Water Homes Port Dickson

ini le tempat yang dimaksudkan
apa yang istimewanya resort ni...
kat sini ada private pool u
so korang tak yah nak malu-malu kucen mandi ngan orang lain
korang nak pakai baju ke...tak nak ke...
terpulang pada korang...
lagi satu tempat ni juga sesuai untuk orang yang nak honeymoon...
ye la..dah ada private pool
ikut suke korang la nak berlaga macam mana pun....hahaha


private pool


bilik atas air pun adoooo


masa HM nak buat booking online...
semua date yang HM pilih adalah full house
sakan ek...
mesti bagus resort ni
ramai orang suka pegi

walau apapun...HM akan masukkan dalam whishlist HM...
dengan harapan,
kami dimurahkan rezeki
diberi kelapangan
dipanjangkan umur
di beri kesihatan yang baik
so nanti dapat le tunaikan hajat HM ni....AMINNN

all pics credit to mr google...

Monday, March 28, 2011

Blood Sugar Profile@BSP

pemeriksaan BSP adalah satu kelaziman bagi ibu-ibu mengandung zaman ini
macam tak sah lak kalau peknen je...tak kene buat BSP...

apa tujuan BSP ni???
Ujian BSP dilakukan semasa mengandung bertujuan untuk menentukan sama ada ibu hamil itu mengidap Gestatiinal Diabetes Melitus (GDM) atau tidak. Sekiranya ada...maka rutin melakukan ujian BSP setiap 2 minggu sekali ada perlu bagi ibu-ibu hamil...

itulah yang HM alami sekarang
bulan lepas buat MGTT...
naik giler ngko....
reading lepas minum air glukos adalah 8.4
memang sangat tinggi
oleh itu, HM adalah wajib melakukan BSP setiap 2 minggu

bagi mereka-mereka yang sewaktu dengan HM
silalah bersabar
ini bukan kehendak kita
semoga baby yang dikandung ini lahir dengan selamat dan sempurna
AMINNN

Tuesday, March 8, 2011

kesan sampingan

balik dari sain kontrak
prestasi PID sangat merudum
bukan 1 PID je yang alami
seluruh Malaysia tau

tiada kelas baru diambil
tiada program-program pembangunan dijalankan
SKT tak buat
plan 2011 terbengkalai

ini la kesan dari penjelasan yang diberikan
sehingga kami rasa tak selamat
kami hanya akan duduk di sini
membesarkan bont*t masing-masing
sampai retak dinding PID......

Mesyuarat PID-KPKK

date : 17 Jan 2011

mesyuarat ni sempena majlis menandatangani kontrak bagi tahun 2010...
bayangkan skarang dah masuk tahun 2011
kontrak 2010 baru nak sain???
selama ni depa buat apa kat sana?
konon kata nak jaga kebajikan PID
tapi hampehhhhh
sampai sekarang kami tak tau status kami

di sebabkan perubahan kementerian
dasar yang berlainan jugak terpaksa kami guna pakai
dulu masa kat KTAK, masalah kontrak tak pernah wujud
gaji lewat tak pernah kami alami
kami dianggap sebahagian dari keluarga KTAK
tapi..............
bila dah pindah ke KPKK
bermacam-macam masalah ada
kami ni bukan ibarat anak tiri lagi dah
dah layak digelar anak pungut!!!
untuk pelantikan semula bagi sesi 2010
bermacam-macam jabatan campur tangan
JPA la....MOF la....BPSM laaa....
sudahnya kami yang terima padah

pada 17 Jan tu, kontrak yang kami tandatangan adalah CFS
kira macam PKS lepas tu tiada sambungan kontrak bagi 2011
ramai budak-budak PID yang tamat kontrak pada 15 Jan 2011
maka mereka telah tamat perkhidmatan
tetapi disuruh untuk meneruskan perkhidmatan seperti biasa walau TIADA GAJI!!!
macam ni ke kata nak jaga kebajikan????

waktu sesi taklimat dari SUB SM
macam-macam kami disediakan
cuma kami tadahkan telingan je
sebab dari awal kami telah diingatkan....BEHAVEEE!!!
macam la kami ni budak-budak

walau apa pun...
SYABAS DIUCAPKAN KEPADA PENGURUSAN KPKK KERANA TELAH MEMPORAKPERANDAKAN NASIB KAMI
SILA BERSEDIA MENERIMA ZAMAN KEJATUHAN PID SEKIRANYA PENGURUSAN INGIN MELAKSANAKAN MODEL BARU YANG TELAH DIPERKATAKAN

bersiaran kembali

huhuhu...
sungguh begitu lama meninggalkan dunia blog
update blog pun tidak
jengok blog sendiri pun tidak
camne nak generate income thru blog????

bile HM bukak blog je
tengok-tengok entry untuk feb hanya 1...
HM memang sangat-sangat sibuk
start pertengahan jan, HM dah kene ulang alik koyan-KL
meeting, kursus, bengkel, meeting, meeting

bayangkan dengan perut yang memboyot ni
HM usung beg baju naik bas turun bas...naik train turun train
penat memang penat....
tapi adakah usaha HM berbaloi????