hari Isnin...11 Okt 2010, HM dijemput untuk sesi temuduga bagi anugerah di atas
masa 8.30 malam, Hotel Jelai, Temerloh
HM pegi ngan abah n una...
kimi tinggal kat umah pak lang
masa sampai tu..
HM calon pertama yang sampai
terus HM dipanggil untuk sesi temuduga
panel ada 4 orang
1 - timbalan pengarah SERANTA, Jabatan Perdana Menteri
2 - Pengerusi ABM
3 - Pegawai Khas dari Kementerian
4 - Pegawai dari FELDA
mula-mula sekali orang no 1 tanya HM...[dialog lebih kurang camni laaa]
Panel 1: "awak ni masuk untuk kategori apa??"
HM: masa pihak Felda mohon untuk mencalonkan saya, mereka cadangkan 'kategori kecemerlangan pendidikan'
Panel 1: awak keje apa?? kat mana??
HM: saya bertugas sebagai Pengurus PID di Sungai Koyan...
Panel 1: awak tak layak untuk kategori ni!!!! kami nak kalau kategori ni, calonnye seorang pendidik...ada anak murid...belajar tinggi..ada masters..PHD..
HM: saya tak tahu la...sebab pihak Felda yang cadangkan kategori tu..
Panel 2: calon ni memang ada master...[senang cito...tak payah HM nak bongkakkan diri]
kalau korang jadi HM...agak-agak apa korang buat???
HM dah nak capai henbeg...nak berambus jek..
tapi dalam ati ada gak pikir...
aku ni datang jauh-jauh..penat balik keje tak ilang lagi...mana bole blah camtu jek
agaknya dia ni nk uji kot...
panel 1: ok tak pe...kite go thru sesi ni dulu, then kite tengok kategori apa yang sesuai dengan u...
HM dah rasa down sangat..sebab, profil tu dah melepasi 2 peringkat..
1 peringkat felda...1 peringkat wilayah
kalau HM tak layak, kenapa diorg jemput HM utk temuduga???
panel 1: ok tell me about yourself...[soalan wajib untuk setiap interview yang HM hadir]
HM: bla..bla..bla
Panel 1: ok tadi u cakap u ajar komputer kat felda...berapa orang student u???
HM: 1 sesi 5 orang...
Panel 1: 5 orang student...kita nak calon yang layak terima anugerah ni...ada bukak kelas...30-40 orang student...
HM: iye...5 orang utk 1 sesi...tp dalam sehari saya ada 3 sesi...jadi 15 orang..saya tak boleh nak amik student yang ramai dalam 1 masa..pihak kementerian hanya bekalkan 5 pc utk setiap PID
Panel 1: dalam malaysia ni ada berapa PID...
HM: PID ada 42 cawangan seluruh negara...setiap PID dibekalkan kelengkapan yang sama..tapi, kelas yang kami tawarkan dari awal sampai hujung tahun...setiap bulan student kami bertukar..itu jumlah pelajar untuk kelas asas sahaja...tak termasuk bengkel-bengkel yang kami jalankan...
[HM cuba untuk menerangkan fungsi-fungsi PID dan apa yang dah kami buat untuk membangunkan masy setempat..tapi panel macam tak faham]
Panel 1: itu saje yang u buat?? kami ni nak cari calon untuk anugerah belia ketegori kecemerlangan pendidikan ni haruslah ada pencapaian di peringkat wilayah..kemudian negeri..kemudian kebangsaan..last sekali antarabangsa..tapi u ni saya tengok setakat peringkat rancangan sahaja...u kene ingat, anugerah ni PM yang sampaikan..kita nak PM berbangga dengan belia Felda..dah mencapai tahap sehingga ke luar negara...tengok macam calon anugerah belia sukan...dia jadi wakil dalam SEA games...itu yang kite nak..
sesi bersama Panel 2...
Panel 2: saya tengok dalam profil puan ni, ada membuat kajian-kajian..boleh puan terangkan sedikit berkenaan dengan kajian yang puan jalankan ni...
HM: bla..bla..bla...[goreng je laa]
Panel 1: ni tesis master ni...pasal k-economy...apa yang u buat?? [nak mampus..HM dah lupa langsung psl insiatif2 yang HM cadangkan]
HM: tesis ni saya buat bersama kerajaan Negeri Kedah...bagaiman untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan ilmu pengetahuan menjelang 2010..
Panel 1: sekarang PAS kann...
HM: semasa saya membuat penyelidikan ni, pemerintahan masih lagi kerajaan BN, dan segala insiatif yang saya utarakan akan dilaksanakan..tetapi, memandangkan sejak 2005, pemerintahan bertukar, saya pun tak tau apa dah jadi...
Panel 1: tu yang saya maksudkan..kajian awak tu dah tak ke mana...[ishhh dia ni macam anti jek ngan aku...apa kaitan lak dengan kajian tak ke mana..sedangkan, itu diluar kuasa ]
Panel 2: Di sini Puan ada menyatakan berkenaan dengan twinning program..boleh citerkan sikit
HM: twinning program ni adalah salah satu usaha kami untuk mewujudkan hubungan dengan telecenter2 di negara luar...sewaktu saya menghadiri kovensyen eAsia 2008, kami telah menjalinkan hubungan dengan telecentre di Bangladesh, India dan Thailand
Panel 1: haaa itu yang kite nak..awak dah sampai ke peringkat luar negara [dia ni tak bagi orang peluang nak bercakap..macam mana nak explain]
Sesi bersama Panel 3...
Panel 3: Puan cakap, puan keje PID..apa beza PID dengan Pusat Jalur Lebar
HM: berbeza dari segi pengurusan sahaja
Panel 3: apa yang PID dah buat??
HM: seperti yang saya dah nyatakan tadi, PID ni menyediakan latihan asas kepada masy setempat. tapi kami juga memberi latihan lanjutan kepada belia-belia
Panel 3: apa dah jadi dengan student-student tu??
HM: ok, student kami terdiri dari pelbagai lapisan umur..kalau lepasan SPM, sijil yang kami keluarkan membolehkan mereka mendapat pekerjaan...kalau usahawan, kami bantu dari segi mempromosikan produk menerusi internet..
Panel 1: usahawan mana yang u dah ketengahkan??
HM: so far kami dah mempromosikan Usahawan Air Berkarbonat melalui youtube..
Panel 3: awak rasa perlu ke wujud PID di setiap felda??
HM: macam ni..kalau atas nama PID memang dah tak boleh nak tambah...sebab projek PID ni adalah dibawah Projek Dato Halim Shafiee..bila beliau dah pindah ke SKMM...bla..bla..
Panel 3: yang tu saya tak nak tau...[eksyennye diorg nii..tunggu la satu hari nanti bile aku dah jadi panel..rasakannnn]
sesi bersama panel 4..cool sket
Panel 4: saya ni tak nak tanya banyak...apa sumbangan awak dalam membangunkan belia felda
HM: kalau mengikut bidang tugas saya, saya banyak membantu belia felda dari segi kelas-kelas komputer lah...lepas abes belajar, diorang dapat sijil. dengan sijil tu ramai yang dah dapat pekerjaan...kalau dari segi usahawan, kami ada menubuhkan kelab usahawan..di sini kami melatih usahawan-usahawan berasaskan ICT..kami juga membuat bengkel-bengkel utk mereka...
Panel 4: saya bangga dengan awak..ada master, tapi masih lagi sudi untuk duduk kampung, membangunkan masy kampung [dia sorang je bangga ngan aku]...apa yang awak buat dengan belia-belia yang masih lagi ada kat felda...sebab golongan ni banyak yang buruk dari yang baik...
HM: tugas saya hanya melatih belia-belia berasaskan ICT...kalau ada bengkel lanjutan..saya buat..kalau diaorng mintak, saya buat...tapi kalau golongan yang tercicir ni...adalah diluar dari bidang kuasa saya..sedangkan pengurus felda sendiri tak boleh nak buat apa...
lepas dah panjang lebor sesi hentam menghentam...balas membalas...
Panel 1: ok...kite akan bincang semula, tengok sama ada u layak atau tidak...tapi sebelum mengakhiri..bagi saya 3 sebab..3 kekuatan yang u ada untuk meyakinkan kami untuk memilih u...
HM: 3 kekuatan??? [HM sudah lemah disitu...di mana strength saya???] ok..yang pertama, kerana saya mempunyai master..walaupun saya ni bukan cikgu..bukan pendidik, tapi saya bertugas di kampung saya sendiri, memberi pendidikan ICT kepada warga felda tak kira peringkat umur..dari keci..sampailah ke warga emas...saya tak nafikan, dengan adanya PID, masy Felda sekarang dah pandai..dah celik IT...kalau dulu, pakcik2 takut nak pegang mouse...tapi sekarang dah ada Facebook...itu perubahan yang apling ketara yang saya nampak sejak wujudnya PID...yang kedua, selain bagi kursus ICT, saya juga terlibat dengan Skim Tuisyen Felda...
Panel 1: diorang bayar tak kat awak...apa yang awak ajar
HM: [awat la dia ni suke nyampukkk]...itu felda yang bayar..kerana ini adalah skim di bawah felda sendiri...saya ajar matematik dengan BI..selain dari itu, saya juga ada membuka kelas literasi...ajar budak-budak membaca [yang ni dah lama HM tak buat...tipu gak la sket]..bukak kelas tuisyen utk sekolah rendah...yang ketiga..saya ni mudah bekerjasama..tak kira apa aliran politik..semua saya boleh bantu...[yang ketiga ni HM dah tak de idea nk gebang...hahaha]
end of conversation...
Panel 1: ok..kite akan kaji balik profil u ni...kite tengok nanti..sebab nanti akan ada 1 lagi sesi temuduga di KL, kita akan shortlistkan 2 orang..harap2 u termasuk dalam salah seorang dari 2 orang ni...
HM: [senyum...kalau tak tersenarai pun tak pe...aku tak heran....]
kalau dia seorang panel yang berjiwa rakyat...dia takkan bercakap dengan interviewee macam tu...tengking2...dengan gaya tangan la...apa laa...kite manusia biasa..mungkin dia ada kelebihan yang banyak..sebab tu dia jadi tim pengarah seranta...HM ni takat pengurus kontrak je...
tapi tak perlu la cakap macam tu..even HM tak layak untuk masuk pencalonan sekalipun...dia tak berhak mengacau ketenteraman jiwa HM...tapi HM take positif...mungkin ini cara dia menemuduga...nak duga kekebalan telinga, mental calon...HM tak kisahhh...HM pun tak berharap untuk dicalonkan sebagai 2 yang terbaik utk ditemuduga sekali lagi...mesti cabaran yang lagi hebat menanti...apa pun...itu pengalaman HM...menjadikan HM lebih pandai berkata-kata...boleh bidas segala-gala....
dan untuk calon yang bakal menerima trofi kemenangan dan wang berjumlah RM 1500 dan bakal bersalam dengan PM...HM ucapkan syabas buat anda..anda memang TERRRBAEKKKKK!!!
No comments:
Post a Comment