Sunday, May 30, 2010

Kemalasan melanda...

bersiaran semula setelah sekian lama berhibernasi...
seriusly, HM memang tak dak mood nak mengarang citer...
sejak termengandung ini, HM banyak dok blogwalk aje...
tetapi tidak sama sekali masuk ke blog sendiri...
aduhai..sungguh kejam terhadap diri sendiri...
adakah ini kesan-kesan pembawakan budak???
atau simptom-simptom mendapat anak lelaki???
[ada kaitan kaaa???]

hari ini HM gagahkan juga...
[takut nanti blogspot block blog HM tanpa prejudis...]

ooopppsss..
bile tulis je perkataan 'tanpa prejudis' tu...
HM terus teringat pada surat yang HM terima last week....
surat tu dari sebuah syarikat lawyer...
mohon menyelesaikan yuran pengajian tertunggak sebanyak RM 24xx.xx kepada Bendahari UUM
tanpa membuang masa, HM terus menghubungi orang yang terlibat dalam mengedarkan surat ini via email...
3 ari cuti...3 ari la kot dia x bukak email...
yang HM peliknya...
dah tentu pihak pemberi pinjaman pelajaran yang membuat bayaran yuran pengajian pada setiap semester...
macam mana buleh ada tunggakan lak ni...
lagi 1 yang peliknya...pihak U sendiri mengatakan bahawa mana-mana pelajar yang tidak menyelesaikan hutangnya, maka pelajar tersebut tidak boleh digraduasikan...[agak betul x ayat ni???]
tetapi HM tamat belajar dan grad dengan cemerlang, gemilang, terbilang sekali walaupun pada hakikatnya HM tidak menghadiri majlis konvokesyen [kes termengandung gak ni...]
HM agakla kan...mesti sistem kemaskini yuran kat bendahari tu dah tak betul...
bukan apa...dulu masa semester berapa ntah, HM pernah dibayar semula oleh pihak bendahari UUM kerana terlebih bayar...
seronok weiii lepas tu dapat p makan marrybrown kat UUM...HM dapat dalam 300++...
sampai la ni HM belum dapat reply dari pihak bertanggungjawab...
mungkin banyak tugas yang perlu di selesaikan oleh pihak peguam maka beliau tidak sempat untuk membuka inbox...
oleh itu HM memaafkan dirinya...

Monday, May 17, 2010

HM sangatlah tidak berdaya!!!

Jumaat lepas HM dapat email dari Kementerian...
bulan 6 ni PID diwajibkan untuk menjalankan Bulan Keusahawanan atau lebih tepat dipanggil
Karnival Keusahawanan Sosial PID 2010
HM amatlah tidak berdaya untuk berfikir dikala ini...
saban hari HM sakit kepala...
masih banyak lagi perkara yang tidak dapat diselesaikan...
sekarang PID mendapat lagi 1 tugasan...
borang-borang perlu di hantar sebelum 26hb Mei...
means next week...
adakah HM mampu untuk merancang segalanya???
HM selaku ketua zon amat tidak produktif sekarang...
HM perlukan seorang yang boleh membantu dan merangka strategi...
ada sesiapa yang ingin menjadi sukarelawan @ sukarelawati????

Keperluan @ Keinginan???

aritu HM ada bercerita tentang keinginan kan...
hari ini HM ini berkongsi keinginan HM ketika preggy ni...
.
.
.
.
.
.
.


**kredit: pakcik gugel

ini la dia bendenya....
bukan apa...
kat umah tu ada 3 bijik kereta bawah garaj...
tp 1 pun HM x ingin bawak hatta ke tempat kerja sekalipun...
sebab...
HM suka yang kontot2...
senang untuk HM merempit di petang hari....
Jumaat lepas HM ada call dealer Perodua...
gatai suh dia calculate untuk bayaran bulanan...
hmmmm agak melepasi bajet HM...
HM bajet dalam RM 300 lebih je sebulan...
tp dealer tu kira dah mencecah 400 lebih...
so mungkinkah HM harus melupakan hasrat untuk mendapatkannya???
tanya kat pihak sponsor...
juga tak melepasi bajet....
pihak sponsor juga mencadangkan untuk mendapatkan honda accord lama...
dalam kemenganggukkan kepala HM dan mulut mengiyakan sahaja cadangan pihak sponsor....
hati HM langsung tiada bunga-bunga ria...
wahai tuan sponsor...
hati HM sudah terpaut pada yang satu...
tuan juga sudah sedia maklum bahawa HM ini amat sukar untuk jatuh cinta....
sekali hati ku terdetik...
hanya itu pilihan HM....
adakah keinginan HM ini terlalu melampau????

Ya Allah berikanlah hambaMu ini petunjuk....

Wednesday, May 12, 2010

x dak mood!!!

hmmm lama sungguh HM x bersiaran kan???
HM ada je dpn lappy ni...
tp HM x dak mood la nak update stories...
nak snap pics pun HM malas...
adakah pembawakan???
hanya Allah yang Maha Mengetahui...

lately HM x brp nak sihat la...
physically je org nmpk ceria...
tp dalaman, hanya HM yang merasai...
untuk kandungan ke3 ni...
HM mabuk sket2 aje...
yg selebihnya adalah MANJA dan MENGADA2...
bukan apa...time ni la buleh amik peluang pun kan???
buat keje lebih sket je...
mesti abah tnya...x abes lagi ke...rehat je la...
mmg HM rasa tak berapa nak stabil sekarang ni.....
morning sickness...
mual...loya...tp x muntah2 pun...
selera makan menjadi2...
tp bila timbang berat x naik2..
apsal masa tak preggy makan lebih sket je naik mendadak???

kalau cite pasal keinginan...
buat masa sekarang ni HM belum ada keinginan...
cuma aritu HM teringin sangat nak makan bihun goreng...
so HM buat la...itupun masak main campak2 je...
tp HM seakan rasa ada 1 keinginan laaa...
HM macam dok terbayang masak lemak cili api ikan lampam yang HM pernah makan kat 1 kedai di Temerloh...
haruskah HM mengajak abah ke Temerloh semata2 utk mengisi keinginan di hati???
atau perlukah HM menunggu masa untuk servis kereta yang jadualnya dlm bulan 8 nanti ???
[abah dh x mo servis kete kat Bentong lagi...]
jiwa HM seakan-akan meronta untuk pergi bercuti di east coast...
dapat p celop2 kaki kat Gambang Water Park pun jadi laa...

tp....
HM rasa keinginan untuk bercuti itu adalah perlu ditangguhkan...
bkn sebab x dak duit...[tp i bukan kayo!!!]
ada 1 bende...yang menyebabkan HM perlu menyimpan keinginan di hati...
HM nak perkara ini terlaksana dulu...
baru pk nak jalan2...cari makan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
apa dia ye????!!!